Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 STAM SMAN Johor 2026

Bagi mereka yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 menerusi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026, permohonan Kemasukan Tingkatan 6 STAM Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Johor 2026.
Berikut adalah maklumat mengenai peperiksaan ini.

Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
STAM ialah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 hasil Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara KPM dan Al-Azhar Al-Syarif.
Kebiasaannya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.
Peperiksaan ini untuk lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka iaitu pada 13 Ogos 2025 sehingga 3 September 2025.
Sekolah Yang Ditawarkan
Sekolah yang ditawarkan bagi kemasukan ke Tingkatan 6 ini adalah seperti berikut:
- Maahad Johor, Johor Bahru
- Maahad Pontian, Pontian
- SMA Parit Raja, Batu Pahat
- SMA Bugisiah, Tampok, Pontian
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia. Keutamaan kepada rakyat negeri Johor.
- Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2026.
- Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) @ setaraf dengannya.
- Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa @ lepasan SPM.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Telah mengikuti satu daripada pakej Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) pada peringkat menengah atas; atau
- Telah mengikuti Kurikulum Maahad al-Bu’uth al-Islamiah al-Azhar al-Syarif sekurang-kurangnya dua tahun di sekolah/institusi yang berdaftar dengan KPM atau PBAN. Calon perlu mengemukakan dokumen /penyataan kepada pihak BPI JAINJ yang membuktikan telah mengikuti dua tahun pengajian.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Permohonan boleh dibuat dengan klik di pautan https://bit.ly/Permohonan-Kemasukan-Tingkatan6-SMANJ-2026.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan iaitu:
– Salinan Kad Pengenalan
– Salinan slip keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau setaraf - Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6 bagi STAM di SMAN Johor 2026, sila layari laman web https://jainj.johor.gov.my/.
Baca juga: Kalendar 2026: Cuti Umum, Cuti Sekolah & Kelepasan Negeri

