Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2024/2025

Pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di Maktab Mahmud bagi tahun 2023/2024 adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan dengan segera.

Berikut merupakan maklumat dan cara untuk memohon kemasukan ke sekolah ini.

Mengenai Maktab Mahmud

Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada 19 Jun 1936 yang telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, selaku Raja Pemangku dan Presiden Majlis Negeri Kedah.

Sekolah ini kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada ketika itu.

Tujuan utama sekolah ini ditubuhkan adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta melahirkan tokoh-tokoh agama.

Kini, ini merupakan salah satu sekolah terkemuka di Negeri Kedah yang diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud.

Lokasi Sekolah

Permohonan ini adalah untuk kemasukan ke:

  • Maktab Mahmud Alor Setar
  • Maktab Mahmud Pokok Sena

Keistimewaan Tingkatan 6

Keistimewaan yang bakal dinikmati pelajar Tingkatan 6 yang menyambung pelajaran di sini adalah seperti berikut:

  • Silibus STAM dan Al Azhar
  • Silibus Bahasa Arab yang mantap
  • Silibus di ambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar, Republik Arab Mesir
  • STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil STAM boleh digunapakai untuk peluang kerjaya berpeluang memasuki Universiti Al-Azhar dan lain-lain universiti yang setaraf dengannya di Timur Tengah
  • Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti dalam negara
  • Guru-guru pakar yang berpengalaman dalam STAM dan mempunyai kelulusan ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun.
  3. Telah Menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan sekurang-kurangnya mendapat Pangkat Jayyid
  4. Lulus bagi semua mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan kepujian bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-‘Arabiah Al- Muasirah dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia
  5. Tidak mempunyai sebarang rekod salahlaku displin.
  6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  7. Bersetuju menerima Maktab Mahmud yang ditawarkan (penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Lembaga Maktab Mahmud).

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan melayari layari laman web https://www.lmm.gov.my/ dan muat turun borang permohonan di bahagian “Muat Turun.”

Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan hantar ke sekolah yang diingini tersebut.

Borang permohonan perlu dikembalikan selewat-lewatnya 7 Mac 2024.

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6 di sekolah ini, sila hubungi di talian 04-7728973/7717552.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: