Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa murid lepasan menengah untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 Tahfiz KPM bagi Tahun 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan ini.
Mengenai Tingkatan 6 Tahfiz KPM
Tingkatan 6 Tahfiz KPM merupakan pengajian lepas menengah yang menggabungkan hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester.
Pengajian tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
Kandungan mata pelajaran tahfiz al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan enam tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 25 April 2025 sehingga 04 Mei 2025 jam 11.59 malam.
Pusat Tahfiz Tingkatan 6 (PTE)
Murid yang terpilih akan mengikuti pengajian ini di PTE berikut:
- SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
- SMK Agama Kedah, Kedah
- SMK Agama Kerian, Perak
- SMK Agama Maahad Muar, Muar, Johor
- SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
- SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
- SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
- SMK Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Sarawak
- Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu
- Sekolah Agama Menengah Muhammadiah, Sabak Bernam, Selangor
Syarat Am
Syarat am bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari pada tahun 2025.
Syarat Khusus
Selain itu, pemohon juga tertakluk kepada syarat khusus:
- Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/ Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah/ Al-Adab al- Balaghah/ Turath Bahasa Arab.
- Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran berikut:
– Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran; atau
– Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/ Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah; - Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz; dan
- Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang https://sst6.moe.gov.my mulai 25 April 2025.
Calon yang didapati memberi maklumat salah dan palsu dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan.
Permohonan Rayuan
Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan di laman sesawang https://sst6.moe.gov.my bermula 9 Mei 2025.
Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan ke alamat e-mel iaitu [email protected] bermula 19 Mei hingga 3 Jun 2025.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Tingkatan 6 Tahfiz KPM, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pengambilan-murid-tingkatan-enam-tahfiz-tahun-2025.
Baca juga: PKJM 2025: Permohonan Program Khas JPA-MARA