Permohonan Biasiswa TNB PRIME Scholarship 2022

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk memohon penajaan biasiswa TNB PRIME Scholarship yang dibuka bermula 1 Jun 2022.

TNB PRIME Scholarship adalah biasiswa yang ditawarkan bagi Program Universiti Terkemuka Luar Negara di peringkat Persediaan hingga Ijazah Sarjana Muda dan Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di peringkat Asas hingga Ijazah Sarjana Muda.

Oleh itu, individu yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 1 Jun 2022, jam 10.00 pagi.

Peringkat Penajaan

Peringkat penajaan yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka Luar Negara.
  • Peringat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN-Kemasukan Sem 1, 2022/2023 (Sept 22).
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun pertama pengajian di Universiti Awam.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk menerima biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Luar Negara

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Kejuruteraan (Renewable Energy)
  • Kejuruteraan (Kimia)
  • Data Sains

ii) TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di UNITEN

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Sains Komputer
  • Pemasaran
  • Sumber Manusia/Keusahawanan

iii) TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Universiti Awam

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Sains Komputer/Teknologi Maklumat (Pengkhususan dlm bidang Data Sains & Analitik, Bisnes Analitik dan yang berkaitan)
  • Sains Aktuari

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi individu yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  3. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
  5. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  6. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Syarat Kelayakan

Selain syarat umum, individu yang ingin memohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:

i) TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Luar Negara

  • Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

ii) TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di UNITEN

  • Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

iii)TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Universiti Awam

  • Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50; atau
  • Lulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50.

Cara Memohon

Bagi individu yang berminat, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web YTN iaitu https://ytn.tnb.com.my/.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Klik butang ‘Register’ dan isi maklumat yang diperlukan diikuti dengan klik butang ‘Register’ sekali lagi.
  4. Login dengan memasukkan email dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Ikuti arahan dan lengkapkan permohonan sehingga tamat.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai TNB PRIME Scholarship, sila hantar email ke alamat [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *