Permohonan TNB Prime Scholarship UA Tempatan Ijazah Sarjana Muda

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) telah membuka permohonan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA) tempatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon TNB Prime Scholarship.

TNB Prime Scholarship adalah biasiswa yang ditawarkan oleh YTN kepada pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Untuk tawaran biasiswa pada kali ini, tawaran adalah dikhususkan bagi kemasukan untuk semester satu, tahun pertama pengajian di UA.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara online mulai 24 September hingga 14 Oktober 2022.

Bidang Pengajian

Pelajar dalam bidang pengajian berikut layak memohon biasiswa ini:

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Pengajian Bisnes/Pengurusan
  • Data Sains/Statistik/Matematik

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon biasiswa ini adalah seperti:

  1. Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  3. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  5. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  6. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh YKN ialah:

  1. Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50; atau
  2. Lulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ytn.tnb.com.my/.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Klik bahagian ‘Register.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  5. Log masuk dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.
  6. Lengkapkan permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan mengenai TNB Prime Scholarship boleh disalurkan melalui emel ke [email protected] atau menghubungi 03-89247500.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *