Tol Percuma Sempena Perayaan Deepavali

Kerajaan Malaysia melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Januari 2023 telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada para pengguna lebuh raya di seluruh negara.

Pemberian tol percuma ini bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali yang akan disambut pada 12 November 2023.

Pelaksanaan tol percuma ini dapat memanfaatkan pengguna jalan raya selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Tarikh Pelaksanaan Tol Percuma

Menerusi mesyuarat Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama-sama dengan syarikat konsesi juga telah bersetuju dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini yang bermula pada 11 November 2023 (Sabtu) jam 12.01 pagi sehingga 12 November 2023 (Ahad) jam 11.59 malam.

Pemilihan tarikh ini juga bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar serta dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan seperti pengurusan kawalan trafik, sumber air tambahan, penyediaan tandas serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Dianggarkan jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.

Lebuh Raya Yang Terlibat

Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol negara kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu:

  • Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
  • Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor

Maklumat Lanjut

Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuhraya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter @LLMtrafik secara berkala.

Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: