Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina 2024

Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberikan tol percuma sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Selain itu, tol percuma ini adalah sebagai tanda prihatin kerajaan dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Pemberian tol percuma ini akan melibatkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.

Tarikh Pelaksanaan Tol Percuma

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat).

Kelas Kenderaan Yang Terlibat

Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja.

Lebuh Raya Yang Terlibat

Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol negara kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu:

  • Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
  • Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor

Maklumat Lanjut

Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuhraya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter @LLMtrafik secara berkala.

Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: