Tol Rahmah: Tarikh & Senarai Lebuhraya Tol Percuma

Sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada pengguna jalan raya menerusi Tol Rahmah.

Inisiatif Tol Rahmah ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk membantu mengurangkan kos bayaran tol masyarakat Malaysia semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pemberian tol percuma di semua lebuh raya merupakan kali pertama diberikan oleh Kerajaan kepada pengguna lebuh raya melibatkan 4 hari.

Tarikh Pelaksanaan Tol Rahmah Percuma

Tarikh pelaksanaan tol percuma ini akan berkuat kuasa pada tarikh berikut:

  • Bermula jam 12:01 pagi pada 19 April 2023 (Rabu) sehingga jam 11:59 malam pada 21 April 2023 (Jumaat); dan
  • Bermula jam 12:01 pagi sehingga jam 11:59 malam pada 24 April 2023 (Isnin)

Kelas Kenderaan

Pelaksanaan tol percuma menerusi inisiatif ini akan melibatkan semua kelas kenderaan.

Kaedah Pembayaran Tol Rahmah

Walau pun tiada bayaran tol dikenakan untuk tempoh 4 hari tersebut, pengguna lebuh raya kad Touch “N Go masih perlu menyentuh kad di peranti (reader) yang terdapat di lorong tol bagi membolehkan palang tol dibuka supaya pengguna melepasi plaza tol yang dilalui.

Untuk pengguna Smartag dan RFID (kecuali di Lebuhraya Pantai Tmur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2), mereka juga masih perlu memperlahankan kenderaan apabila melalui lorong tol.

Senarai Lebuhraya

Senarai lebuhraya yang terlibat dalam inisiatif Tol Rahmah sepanjang 4 hari ini adalah seperti berikut:

  1. Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Utara – Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  4. Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  5. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  7. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
  8. Lebuhraya KL – Karak (KLK)
  9. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT)
  10. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  11. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  12. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
  13. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  14. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  15. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  16. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  17. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  18. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KI Barat (SPRINT)
  19. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  20. Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
  21. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRAND SAGA)
  22. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
  23. Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX)
  24. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
  25. Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
  26. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  27. Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)
  28. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
  29. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  30. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
  31. Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)
  32. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE)
  33. Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH)

Info Lanjut

Info mengenai Tol Rahmah ini, sila layari laman web http://www.kkr.gov.my/ms.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: