Permohonan TUNAS Selangor: Subsidi Yuran Tadika RM50 Sebulan

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mengumumkan permohonan subsidi yuran tadika sebanyak RM50 melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) telah dibuka.

TUNAS merupakan inisiatif daripada kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran tadika anak-anak mereka.

Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai.

Oleh itu, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan menerusi laman web YAWAS dengan segera.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditetapkan kepada mereka yang layak adalah subsidi yuran sebanyak RM50 bagi setiap bulan.

Bantuan ini akan disalurkan terus kepada tadika yang terlibat yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Tadika Yang Layak

Untuk makluman, bantuan ini hanya akan diberikan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika yang berdaftar sahaja.

Senarai tadika yang layak memohon boleh dirujuk melalui pautan berikut https://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah sama ada ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor; atau
  3. Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor; atau
  4. Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. (Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Senator/ADUN/Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
  5. Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM3,000 ke bawah.
  6. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
  7. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
  8. Pemohon mestilah mempunyai anak yang belajar di tadika berdaftar sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web TUNAS iaitu https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php.
  2. Masukkan no kad pengenalan pemohon dan Mykid anak.
  3. Lengkapkan maklumat permohonan.
  4. Cetak borang permohonan setelah semua maklumat dihantar.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  6. Borang permohonan dan dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online melalui email [email protected] atau alamat berikut:

    Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
    Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pihak YAWAS adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan yang dicetak.
  2. Salinan Sijil Lahir atau Mykid Anak.
  3. Salinan MyKad ibu
  4. Salinan MyKad bapa.
  5. Salinan perakuan anak angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (jika perlu).
  6. Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan ibu sekiranya ibu tidak bekerja (perlu pengesahan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat).
  7. Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan bapa sekiranya bapa tidak bekerja (perlu pengesahan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat).
  8. Cop pengesahan tadika tempat anak belajar.
  9. Bagi pemohon yang bukan kelahiran Selangor, dokumen tambahan yang perlu dilampirkan adalah:
    – Salinan bil air/bil elektrik/TM/Astro/muka depan buku merah ibu.
    – Cop pengesahan bermastautin (bagi permohonan baru sahaja).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://tunasv2.yawas.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: