TVET MARA: Kemasukan KKTM, MJII & IKM MARA Januari 2025

Permohonan kemauskan ke institusi TVET MARA iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), dan Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi kemasukan sesi Januari 2025 telah dibuka.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan kemasukan ini.

Mengenai KKTM, MJII & IKM

Untuk pengetahuan, KKTM, MJII dan IKM merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

Institusi-institusi pendidikan ini telah berkembang di seluruh negara yang mana IKM kini mempunyai 14 buah kampus, manakala KKTM mempunyai 10 buah kampus dan MJII mempunyai sebuah sehingga hari ini.

Oleh itu, individu yang berminat untuk memohon boleh berbuat demikian mulai Oktober sehingga 15 November 2024.

Keistimewaan TVET MARA

Terdapat beberapa keistimewaan pelajar yang menyambung pengajian di institusi ini iaitu:

  • Elaun sara hidup.
  • Asrama atau penginapan disediakan.
  • Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara.
  • Yuran pengajian ditanggung oleh MARA.
  • Pengiktirafan MQA, JPK, industri dan badan profesional.

Senarai Institusi TVET MARA

Senarai institusi TVET MARA di seluruh negara adalah seperti berikut iaitu:

i) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

  • KKTM Balik Pulau
  • KKTM Petaling Jaya
  • KKTM Rembau
  • KKTM Lenggong
  • KKTM Pasir Mas
  • KKTM Kemaman
  • KKTM Kuantan
  • KKTM Ledang
  • KKTM Sri Gading
  • KKTM Masjid Tanah

ii) Institut Kemahiran MARA (IKM)

  • IKM Alor Star
  • IKM Beseri
  • IKM Sik
  • IKM Sungai Petani
  • IKM Seberang Perai Utara
  • IKM Lumut
  • IKM Kuala Lumpur
  • IKM Besut
  • IKM Tan Sri Yahya Ahmad, Peramu Jaya
  • IKM Johor Bahru
  • IKM Jasin
  • IKM Bintulu
  • IKM Kuching
  • IKM Kota Kinabalu

ii) Japan Industrial Institute (MJII)

  • MJII Beranang

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan seperti berikut iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah merupakan taraf Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  3. Pemohon berumur 17 tahun ke atas.
  4. Pemohon sihat tubuh badan.
  5. Pemohon lulus SPM atau setara.

Syarat Akademik

Syarat akademik yang ditetapkan adalah bergantung kepada peringkat pengajian iaitu:

i) Peringkat Sijil

  • Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:
    – 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
    – Lulus matematik.

ii) Peringkat Diploma

  • Lulus SPM atau setara dengan 3 kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    – Matematik.
    – Mana-mana 1 mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/Vokasional (MPV)/Aliran Vokasional (MPAV).
    – Mana-mana 1 mata pelajaran lain.
    – Lulus Bahasa Inggeris.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan memasuki mana-mana institusi TVET MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://apponline.mara.gov.my/spupim/ atau https://mohon.tvet.gov.my/.
  2. Klik “Pengguna Baru.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar.”
  4. Login dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Klik “Permohonan.”
  6. Lengkapkan semua maklumat yang diberikan.
  7. Tandakan pada kotak pengakuan dan klik “Hantar.”

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai TVET MARA, sila hubungi pihak MARA yang berikut untuk membuat pertanyaan iaitu:

  • Unit Pengambilan Pelajar: 03-2613 4589/34589/34605
  • Unit Promosi: 03-26134581/34609
  • Whatsapp: 013-9498063

Baca juga: TVET Tahfiz MARA: Permohonan Ambilan 2024 Di IKM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: