TVET Tahfiz MARA: Ambilan September 2025

Bagi lepasan tahfiz dan berminat untuk sambung pengajian dalam bidang kemahiran profesional, mereka boleh memohon kemasukan ke TVET Tahfiz MARA.
Berikut adalah maklumat dan infi mengenai kemasukan ini.

Mengenai TVET Tahfiz
Program TVET Tahfiz ini direka khas untuk melahirkan Huffaz Profesional – gabungan ilmu hafazan Al-Quran dan kemahiran teknikal berteraskan teknologi industri semasa.
Program ini diperluaskan ke 5 lokasi Institut Kemahiran MARA (IKM) terpilih di seluruh Malaysia bagi memberikan lebih banyak peluang kepada para pelajar tahfiz untuk menyambung pengajian ke arah kerjaya yang lebih berdaya saing.
Untuk makluman, tujuan pelaksanaan program TVET Tahfiz MARA yang dirangka khas untuk melahirkan generasi huffaz profesional yang seimbang dari segi ilmu duniawi dan ukhrawi.
Kelebihan Pengajian
Kelebihan pengajian bagi pelajar yang terpilih bagi kemasukan ini adalah seperti berikut:
- Elaun sara hidup disediakan
- Yuran pengajian ditanggung oleh pihak MARA. Pelajar sabah dan sarawak, mara menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik ke semenanjung sekali sahaja semasa pengajian.
- A srama atau penginapan disediakan .
- Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara.
- Pengiktirafan MQA, JPK, industri dan badan professional.
Institusi & Program Terlibat
Permohonan ini adalah bagi institusi dan program yang terlibat:
- IKM BESUT – Diploma Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
- IKM LUMUT – Diploma Kompetensi Kimpalan
- IKM JASIN – Diploma Teknologi Automotif Komersial
- IKM TAN SRI YAHAYA AHMAD (TSYA) – Diploma Pengeluaran Perabot (lokasi baharu)
- IKM JOHOR BAHRU – Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik (lokasi baharu)
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:
- Berumur 17-45 tahun.
- Berminat dalam bidang teknikal.
- Sihat tubuh badan.
- Menghafal sekurang-kurangnya 5 juzuk.
Cara Memohon
Permohonan perlukan dilakukan segera secara atas talian di www.tvetmara.edu.my.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai TVET Tahfiz MARA, sila layari lamn web https://tvetmara.edu.my/.
Baca juga: Bantuan Kewangan OKU & Program Pendidikan Khas 2025



