UFUTURE UiTM: Portal Kandungan Pembelajaran Secara Online

Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum ini telah membangunkan satu portal kandungan pembelajaran secara atas talian untuk kegunaan bukan sahaja kepada para pelajar tetapi orang ramai iaitu UFUTURE.

UFUTURE merupakan platform yang dibangunkan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran dalam talian kepada mana-mana orang yang ingin mengikuti kursus pembelajaran yang disediakan.

Objektif utama portal ini dibangunkan adalah:

  • Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
  • Memenuhi gaya pembelajaran atau keperluan pelajar.
  • Meningkatkan kebolehcapaian pengguna dan fleksibiliti masa untuk melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran.

Sehingga kini, portal ini telah digunakan seramai 184,148 pelajar yang melibatkan 9,437 tenaga pengajar, 5,799 kursus ditawarkan dan 800,887 kandungan pembelajaran dimuat naik.

Perkhidmatan Portal

Portal ini akan membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan berikut iaitu:

  • UiTM Courses: Senarai komprehensif program dan pendekatan pembelajaran untuk pelajar sepenuh masa dan separuh masa UiTM.
  • UiTM MOOC: Kursus dalam talian terbuka secara besar-besaran yang membenarkan akses kepada bilangan peserta yang tidak terhad, interaksi yang berterusan dan akses kepada bahan pembelajaran.
  • Kursus Kelayakan Mikro: Kelayakan gaya pensijilan bagi memupuk kemahiran dan pengetahuan khusus yang membolehkan individu kekal relevan dalam bidang mereka.
  • Online Degree: Kuliah dalam talian yang boleh diakses menerusi interaksi dinamik dengan professor dan rakan sekelas.
  • Kursus Pendek: Kursus pembangunan profesional dan peribadi untuk meningkatkan kemahiran diri dan kekal berjaya di dalam kerjaya.
  • APEL: Proses sistematik pengenalan, dokumentasi dan penilaian pengalaman terdahulu untuk mempercepatkan perjalanan anda ke pengijazahan.

Cara Login

Untuk login ke portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/.
  2. Klik bahagian ‘Sign Up.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
  4. Kemudian, masukkan username dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  5. Berjaya memasuki sistem portal ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai UFUTURE UiTM, sila layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: