UIS: Permohonan Program Asasi Sesi 2 2024/2025
Universiti Islam Selangor (UIS) telah mempelawa pemohon yang berminat untuk menyambung pengajian di universiti terbabit bagi Program Asasi Sesi II 2024/2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke program ini.
Mengenai UIS
Universiti ini merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996.
Ditubuhkan secara rasmi pada 15 Februari 1995, universiti ini menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.
Universiti ini tetap mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam selain berperanan menyediakan alternatif untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pengajian Asasi
Terdapat 6 pengajian Asasi yang ditawarkan di universiti ini iaitu:
- Asasi Pengajian Islam
- Asasi Pengurusan
- Pengajian Asas Teknologi Maklumat
- Asasi Bahasa Arab
- Asasi Komunikasi
- Asasi Bahasa Inggeris
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk menyambung pengajian di universiti ini adalah seperti berikut:
i) Asasi Pengajian Islam
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ SPMV) dengan mendapat 5 kredit dan mesti mengambil mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat SPM; atau
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
ii) Asasi Pengurusan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian (tidak termasuk lukisan)
iii) Pengajian Asas Teknologi Maklumat
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 5 kredit termasuk kredit dalam mata pelajaran Matematik; atau
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
iv) Asasi Bahasa Arab
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 5 kredit dan lulus Bahasa Arab; atau
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
v) Asasi Komunikasi
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit; atau
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
vi) Asasi Bahasa Inggeris
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Inggeris (tidak termasuk Lukisan/Pendidikan Seni Visual); atau
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila klik di pautan berikut untuk membuat permohonan https://matrik.uis.edu.my.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai permohonan ke universiti ini bagi Program Asasi Sesi 2 2024/2025, sila layari laman web https://matrik.uis.edu.my.
Baca juga: Permohonan Kemasukan PERDA-TECH Sesi Januari 2025