Login UiTM iStudent Portal: Laman Web Pelajar Pelbagai Fungsi

Bagi pelajar yang menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), anda wajib mengetahui mengenai UiTM iStudent Portal yang merupakan portal pelbagai fungsi bagi semua pelajar UiTM.

UiTM ialah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 yang mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu.

Sehingga kini, UiTM mempunyai dengan lebih 175,200 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang.

Sebagai pelajar UiTM, UiTM iStudent Portal memudahkan urusan harian pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan universiti secara atas talian.

Fungsi UiTM iStudent Portal

Terdapat beberapa fungsi yang boleh diakses oleh pelajar UiTM menerusi portal ini iaitu:

  • Urusan konvokesyen
  • Pembayaran yuran
  • Pendaftaran subjek
  • Digital campus
  • Kad Pelajar
  • Pengumuman tarikh peperiksaan
  • Urusan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
  • Lain-lain akses

Akses Portal Lain

Selain itu, portal ini juga menyediakan akses kepada pelbagai portal pembelajaran UiTM yang lain iaitu:

i) iLearn UiTM

Portal ini berfungsi bagi pelajar mendapatkan info berkaitan topik pelajaran, assignment, dan sebagainya.

ii) iNed UiTM

Portal ini berfungsi bagi pelajar mendapatkan maklumat terperinci khususnya berkaitan pengajian seperti short course, pembelajaran separuh masa, pembelajaran jarak jauh, dan lain-lain lagi.

iii) iCress Portal

Portak ini berfungsi untuk pelajar menyemak jadual dan membuat pendaftaran bagi kursus bersepadu di UiTM.

iv) iClass UiTM

Portal ini pula berfungsi sebagai tempat untuk mendapatkan bahan rujukan kelas terutamanya pelajar pengajian jarak jauh yang mengambil program iCeps/iNed,

v) UiTM Library

UiTM Library merupakan laman web rasmi perpustakaan UiTM yang membolehkan pelajar mendapatkan pelbagai maklumat seperti buku, ebook, tesis, kertas peperiksaan terdahulu dan sebagainya.

vi) UFUTURE

Portal ini menyediakan pelbagai pembelajaran yang boleh diikuti secara atas talian yang boleh diakses kepada sesiapa sahaja sama ada pelajar UiTM atau orang awam.

Cara Login UiTM iStudent Portal

Bagi pelajar baharu yang tidak tahu untuk login UiTM iStudent Portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1- Layari laman web https://istudent.uitm.edu.my/ dan klik bahagian Student Login.

2- Klik bahagian ‘Student Login’

3- Masukkan nombor kad pelajar anda untuk ‘Student ID’ dan serta kata laluan.

4- Jika pelajar kali pertama menggunakan portal ini ataupun terlupa kata laluan, klik bahagian ‘Forgot Password.’

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai UiTM iStudent Portal, sila layari laman web https://istudent.uitm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: