Ujian DASS: Penilaian Tahap Kesihatan Mental

Untuk menilai tahap kesihatan mental, lazimnya terdapat ujian yang boleh mengesan perkara ini iaitu Ujian DASS atau “Depression, Anxiety and Stress Scale.”

Ujian DASS merupakan alat kajian bagi mengukur tahap stres, kemurungan dan juga kebimbangan seseorang.

Ujian ini merupakan inventori versi pendek yang telah diubah suai daripada DASS-42 item yang telah diperkenalkan oleh Peter Lovibond daripada University of New South Wales, Australia.

Menariknya, ujian ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana ianya mudah untuk digunakan tanpa memerlukan kemahiran khas untuk menggunakannnya dengan berpandukan manual penskoran dan interpretasi yang sedia ada.

Tambahan pula, ujian ini juga telah diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuklah versi Bahasa Malaysia yang diterjemah dan dibangunkan oleh seorang ahli akademik tanah air iaitu Profesor Dr. Ramli Musa.

Walau bagaimanapun, DASS adalah satu bentuk ujian saringan dan bukanlah satu diagnosis. Untuk mendapatkan keputusan sebenar, anda perlulah berjumpa pakar sama ada doktor atau ahli psikologi.

Pilihan Jawapan

Semua item dinilai menggunakan skala pemeringkatan Likert dengan empat pilihan jawapan iaitu:

  • Tidak pernah sama sekali
  • Jarang
  • Kerap
  • Sangat kerap. 

Subskala Pengukuran

Ujian ini mempunyai tiga subskala yang diukur iaitu:

  1. Subskala kemurungan (depression)
    – Menilai menilai putus asa, penurunan nilai hidup, dysphoria, kekurangan minat atau penglibatan, anhedonia (hilang minat dan keseronokan) dan inersia seseorang.
  2. Subskala kebimbangan (anxiety)
    – Menilai rangsangan autonomi, kesan otot rangka, dan pengalaman subjektif mempengaruhi perasaan cemas sesorang. 
  3. Subskala stres (stress)
    – Menilai perasaan gementar, kesukaran untuk bersantai, mudah rasa marah atau gelisah, mudah marah atau terlalu reaktif dan tidak sabar seseorang.

Hasil Ujian

Selepas menjalani ujian tersebut, individu akan mengetahui perkara berikut:

  • Tahap kemurungan, kebimbangan dan stress yang individu tersebut alami.
  • Adakah tahap untuk setiap kondisi ini merisaukan?
  • Adakah setiap kondisi ini mencetuskan simptom fizikal seperti kesukaran bernafas, peningkatan kadar degupan jantung dan sebagainya?
  • Selepas satu tempoh masa tertentu, individu tersebut mungkin perlu menjawab kembali DASS-21 untuk mengetahui sama ada kondisi mental anda menjadi semakin baik selepas rawatan.

Pautan Ujian DASS

Ujian ini boleh dilakukan secara online sahaja dengan melayari salah satu daripada pautan berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: