Ujian UKM1 Genius@Pintar: Pencarian Murid Pintar 2024

Pusat Genius@Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang mencari murid yang pintar dan berbakat untuk mengambil ujian UKM1 GENIUS@Pintar Negara.

Berikut merupakan maklumat mengenai program ini dan cara memohon.

Mengenai UKM1 Genius@Pintar

Ujian ini diwujudkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan.

Pusat ini merupakan pusat pendidikan pertama yang diwujudkan khusus kepada murid yang berbakat dan berbakat di seluruh Malaysia.

Untuk memasuki pusat ini, murid-murid pintar perlu mengambil ujian bagi mengenal pasti dan dikembangkan bakat akademik mereka menerusi program yang dijalankan di pusat ini.

Justeru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1Genius@Pintar yang diadakan secara dalam talian (online) bermula 1 Februari 2024 hingga 15 Jun 2024.

Bentuk Kurikulum

Pusat Genius@Pintar, UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) iaitu:

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
  • Kursus Advance Placement (AP)
  • Kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus
  • Pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).

Murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan iaitu:

  • Pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu
  • Pecutan berdasarkan subjek
  • Pecutan gred

Syarat Kelayakan

Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2 serta menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah dan lulus ujian UKM3.

Tatacara kemasukan pelajar ke Pusat GENIUS@Pintar, UKM boleh dirujuk menerusi carta alir di bawah:

Ujian UKM1

Bagi murid yang ingin memasuki Pusat Genius@Pintar, mereka perlu mengambil ujian UKM1 yang dijalankan 1 Februari sehingga 15 Jun setiap tahun bagi murid di Malaysia berumur 8 hingga 15 tahun.

Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa dan jika terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenarai hitam dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2.

Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2 untuk ujian saringan kedua.

Tatacara Menduduki Ujian UKM1

Murid yang ingin menduduki ujian UKM1 ini perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web ujian iaitu http://ukm1.permatapintar.ukm.my/.
  2. Klik butang ‘Ujian UKM1.’
  3. Masukkan no MyKid dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Isi maklumat murid dan klik butang ‘Daftar Pelajar Baru.’
  5. Jawab ujian tersebut sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai program UKM1 Genius@Pintar, sila layari laman web http://ukm1.permatapintar.ukm.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: