Ujian Komputer Lesen Memandu: Format & Contoh Soalan

Untuk mendapatkan lesen memandu, salah satu syarat yang ditetapkan adalah untuk lulus Ujian Komputer Lesen Memandu.

Ujian Komputer Lesen Memandu merupakan ujian yang mengandungi Ujian Warna, Ujian Huruf Nombor, dan Ujian Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang perlu dijawab di dalam komputer.

Jika individu tidak lulus untuk ujian ini, mereka perlu mengambil semula ujian tersebut sehingga lulus bagi melayakkan mereka mendapat lesen L.

Proses Ambil Lesen Memandu

Proses untuk mengambil lesen memandu adalah seperti berikut:

Masa Ujian Komputer Lesen Memandu

Masa untuk menduduki ujian tersebut adalah selama 45 minit sahaja dan markah lulus adalah semua betul untuk Ujian Warna dan Huruf Nombor manakala markah lulus untuk Ujian KPP adalah sebanyak 42/50.

Kategori Ujian Komputer Lesen Memandu

Terdapat 3 kategori ujian ini iaitu:

  • Ujian Warna
  • Ujian Huruf Nombor
  • Ujian KPP

Ujian Warna

Contoh soalan ujian warna adalah seperti dalam gambar di bawah:

Untuk soalan ini, setiap individu diberi masa 15 minit sahaja untuk menjawab semua soalan.

Terdapat 8 soalan dalam ujian tersebut dan individu perlu lulus ujian ini sebagai pra-syarat untuk menduduki Ujian Memandu yang seterusnya.

Jika individu tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul, maka individu dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.

Ujian Huruf Nombor

Contoh soalan ujian huruf nombor boleh dilihat melalui gambar di bawah

Soalan ini memerlukan individu untuk mengecam nombor plat kenderaan dan mengecam warna yang diberikan.

Jika individu tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul, maka calon dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.

Ujian KPP

Ujian KPP terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  • Bahagian A: 15 soalan (mengenai simbol dan papan tanda di jalan raya)
  • Bahagian B: 25 soalan (mengenai peraturan jalanraya)
  • Bahagian C: 10 soalan (mengenai undang-undang, jalanraya, dan soalan kejara)

Setiap soalan akan diberikan pilihan jawapan sama ada A, B, atau C dan individu perlu memilih 1 pilihan jawapan sahaja apabila menjawab.

Contoh soalan adalah seperti di bawah

Sumber: https://metrodriving.com.my/en/cara-cara-mengambil-lesen-memandu/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: