Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) merupakan ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Antara tujuan utama ujian ini diambil adalah untuk mengenalpasti beberapa ciri pada calon seperti personaliti, minat kerjaya, kecerdasan emosi, dan integriti.
Menerusi ujian medsi ini, penilai akan membuat penilaian sebelum dipanggil ke temuduga iaitu saringan terakhir sebelum diputuskan layak atau sebaliknya ke kursus pendidikan berkenaan.
Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik yang digubal oleh sekumpulan pakar yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI.
Format Ujian
Calon yang menduduki ujian ini perlu menjawab 300 soalan dalam masa 1 jam.
Format soalan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
- Bahagian 1 (Personaliti 110 soalan)
- Bahagian 2 (Minat Kerjaya- 60 soalan)
- Bahagian 3 (Nilai Integriti 70 soalan)
- bahagian 4 (Kecerdasan Emosi 40 soalan)
Jawapan yang perlu diberikan adalah Ya atau Tidak dan jawapan pilihan iaitu:
- I = Sangat tidak setuju
- II = Tidak setuju
- III = Setuju
- IV = Sangat setuju
Contoh Soalan
Contoh soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
i) Soalan Personaliti
ii) Soalan Minat Kerjaya
iii) Soalan Nilai Integriti
iv) Soalan Kecerdasan Emosi
Tips Ujian
Tips Ujian MEdSI boleh dirujuk melalui gambar di bawah:
Info Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ujian MEdSI, sila tonton video iaitu https://www.youtube.com/watch?v=ss8mA8gThDA.