Belanjawan 2023: Ujian Memandu Percuma
Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan ujian memandu percuma untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-hailing.
Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutamanya kepada golongan belia.
Menerusi inisiatif ini, ia membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam bidang ekonomi gig.
Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion yang meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan negara pada tahun ini.
Jenis Lesen
Jenis lesen memandu yang terlibat dalam inisiatif ini adalah:
- Lesen Motorsikal B2
- Lesen teksi
- Lesen bas
- Lesen e-hailing
Syarat & Mekanisme
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperincikan mekanisme dan syarat mengenai tanggungan bayaran ujian memandu tersebut.
Selain bakal memanfaatkan golongan belia, pihak kementerian juga akan membincangkan dengan lebih lanjut untuk memperluaskan inisiatif itu kepada golongan sasar yang lain.
Ini termasuklah jumlah penerima dan peruntukan yang diberikan dalam pelaksanaan inisiatif ini.
Cara Memohon
Untuk permohonan ujian memandu percuma ini, pihak MOT akan memaklumkan kepada umum cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan inisiatif ini.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.