UP_TVET Perdana: Kemasukan Institusi TVET Julai 2025

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi TVET ambilan Julai 2025, permohonan kemasukan menerusi sistem UP_TVET akan dibuka mulai 14 April 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.

Mengenai UP_TVET

UP_TVET adalah sistem permohonan kursus TVET berpusat secara online yang dibangunkan bagi memudahkan proses permohonan untuk memilih program TVET yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan TVET di Malaysia.

Sistem ini dibangunkan bagi menyelaraskan permohonan kemasukan ke semua institusi TVET, berdasarkan kursus TVET yang diminati peserta serta institusi TVET yang menjadi pilihan mereka.

Ini dibuat bagi mengelakkan pertindihan yang berlaku daripada permohonan itu dan juga kita lihat daripada segi minat mereka, agar tidak berlaku ketidakpadanan dalam kursus yang dilaksanakan.

Pembangunan sistem ini perkara tersebut diputuskan melalui mesyuarat Majlis TVET (MTVET) Bil 3/2023 yang diselia Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Jenis Kemasukan

Jenis kemasukan TVET adalah seperti berikut;

  • UP_TVET Perdana (Institusi TVET awam sahaja): Menawarkan program TVET sepenuh masa di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Permohonan dibuka dua kali setahun bagi pengambilan Januari dan Julai.
  • UP_TVET Flexi (Institusi TVET awam dan swasta): Menyediakan kursus jangka panjang dan pendek yang lebih fleksibel. Terbuka kepada semua individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau menukar bidang kerjaya. Permohonan dibuka sepanjang tahun bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar dan tenaga kerja.

Tarikh Permohonan

Permohonan kemasukan ke institusi TVET boleh dibuat menerusi portal tersebut bermula 14 April sehingga 15 Jun 2025.

Kursus Institusi TVET

Kursus Kemahiran yang ditawarkan adalah tertakluk kepada Institusi.

Antara institusi yang menawarkan kursus bagi Siri Perdana Ambilan Julai 2024 adalah:

  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • German-Malaysian Institute (GMI)
  • GiatMARA
  • Institut Kemahiran MARA
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII) UniKL
  • Kolej Kemahiran PERDA
  • Kolej Risda, Kolej KEDA
  • Kolej Vokasional
  • Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Institut Kraf Negara (IKN)
  • Akademi Havea Malaysia
  • Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC)
  • Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA)
  • Institut Pertanian.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke institusi TVET adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua individu berumur 16 tahun dan ke atas.
  2. Termasuk graduan sekolah menengah, orang dewasa yang mencari perubahan kerjaya, dan individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau kelayakan mereka. 

Cara memohon

Bagi pemohon yang berminat, permohonan kemasukan ke institusi TVET boleh dibuat melalui pautan  https://mohon.tvet.gov.my.

Soalan Lazim

Apa itu Program TVET?

TVET adalah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical & Vocational Education and Training). TVET ini lebih dikenali sebagai kursus dalam bidang kemahiran.

Sekiranya kursus yang hendak dimohon tiada di portal UP_TVET, apakah tindakan yang boleh diambil?

Penawaran kursus di UP_TVET ditetapkan oleh Penyedia Latihan TVET. Pemohon boleh menghubungi Penyedia Latihan TVET yang menawarkan kursus tersebut

Adakah saya boleh membuat permohonan kursus sekiranya saya tidak mempunyai sijil SPM namun telah memiliki SKM 3?

Boleh.

Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya telah berdaftar namun tidak mendapat notifikasi di emel?

Pemohon boleh menghubungi talian UP_TVET (019-2318 243/264/291) atau emel [email protected] no kad pengenalan, nama dan emel yang didaftarkan untuk semakan emel berdaftar.

Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat tempoh kursus yang ditawarkan?

Anda boleh menyemak maklumat terperinci berkenaan kursus di Info Kursus semasa membuat pilihan kursus.

Bolehkah ubah kursus yang dimohon setelah permohonan dihantar?

Calon tidak lagi boleh ubah/pinda kursus yang dimohon setelah permohonan dihantar.

Adakah kursus yang dimohon melalui UP_TVET akan disediakan elaun?

Pemberian elaun / insentif lain adalah mengikut ketetapan Penyedia Latihan TVET yang menawarkan program di portal UP_TVET.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai UP_TVET Perdana, sila layari laman web https://mohon.tvet.gov.my.

Baca juga: STR Fasa 2 2025: Pembayaran Mulai 24 Mac

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: