Permohonan UPUOnline Lepasan SPM & STPM/Setaraf Sesi 2022/2023

upuonline

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf boleh membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi akademik 2022/2023 melalui sistem UPUOnline.

UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memudahkan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.

Permohonan kemasukan ke IPT menerusi UPUOnline ini akan dibuka mulai 4 Februari pada jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mac 2022 jam 5.00 petang.

Kemasukan Ke IPT

Kemasukan ke IPT bagi sesi akademik 2022/2023 melibatkan kemasukan ke:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti (KK)
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Kategori Permohonan Lepasan SPM

Kategori permohonan bagi lepasan SPM yang layak untuk memohon kemasukan ke IPT adalah seperti berikut:

  • Kategori A
    – SPM 2021
  • Kategori B
    – SPM 2020
    – SPM 2019

Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

Untuk kategori permohonan lepasan STPM atau setaraf, permohonan dibuka kepada lepasan STPM atau setaraf berikut:

  • STPM 2021
  • Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ASASIpintar UKM/ASASI UiTM sesi akademik 2021/2022
  • STAM 2021 dan 2020
  • Diploma atau setaraf:
    – Diploma UA/Politeknik
    – DKM/DLKM/DVM/Diploma IPTS/Diploma Luar Negara/Lain-lain Diploma
    – Kelayakan setaraf seperti A-Level/IBD/AUSMAT/SAM/CPU/Sekolah Sukan
    – STPM, Matrikulasi KPM/ASASI, STAM (bukan tahun semasa)

Destinasi Pengajian

Destinasi pengajian yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

i) Lepasan SPM

  • Peringkat ASASI: UA
  • Peringkat Diploma: UA, Politeknik, dan ILKA
  • Peringkat Sijil: KK dan ILKA
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda: UiTM

ii) Lepasan STPM

  • Ijazah Sarjana Muda di UA

Permohonan Melalui UPUOnline

Permohonan boleh dibuat melalui sistem UPUOnline menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
  2. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Akaun Baru’ untuk mengisi semua maklumat pemohon.
  3. Klik butang ‘Daftar’ untuk memastikan proses pendaftaran selesai.
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Lengkapkan maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:
    – Maklumat peribadi
    – Maklumat keluarga
    – Maklumat akademik
    – Pilihan program
    – Maklumat tambahan
  6. Buat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.
  7. Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar.
  8. Cetak Slip permohonan sebagai bukti.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPT bagi sesi akademik 2022/2023, sila layari laman web https://upu.mohe.gov.my/.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post
pickids

Daftar Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids)

Next Post
biasiswa-span

Permohonan Biasiswa SPAN Pelajar Asasi & Matrikulasi 2022

Related Posts