UPUOnline: Permohonan Kemasukan IPTA & MARA 2025/2026

Bagi lepasan SPM dan STPM/Setaraf yang berhasrat untuk memasuki ke IPTA dan MARA bagi sesi 2025/2026, permohonan kemasukan melalui UPUOnline telah dibuka.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan kemasukan ini.

Mengenai UPUOnline

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke IPT bagi lepasan STPM dilakukan menerusi sistem UPUOnline.

UPUOnline merupakan sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain membuat permohonan kemasukan ke IPT, pemohon yang gagal dalam permohonan juga boleh membuat rayuan melalui sistem ini dan ini adalah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT dari semasa ke semasa.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan kemasukan adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: 10 Februari 2025-14 Mac 2025 (Lepasan SPM dan STPM/Setaraf)
  • Fasa 2: 14 April 2025-18 Mei 2025 (Program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian)

Kemasukan Ke IPT

Sistem UPUOnline merupakan sistem yang membolehkan pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf memohon kemasukan ke IPT berikut:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik Konvensional
  • Politeknik Premier
  • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  • Kolej Komuniti

Syarat Am Permohonan

Syarat am permohonan ke IPT bagi lepasan STPM/setaraf seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. Kad Pengenalan/My Kad sahaja.
  2. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Cara Permohonan/Login UPUOnline

Bgai lepasan SPM atau STPM yang ingin memohon kemasukan ke IPT, sila ikuti langkah-langlah berikut untuk login UPUOnline:

  1. Beli no pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 9 Februari 2025.
  2. Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Akaun Baru.’mengisi semua maklumat pemohon dan maklumat keselamatan akaun.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’ untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
  5. Login semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Setelah berjaya login, isi semua info permohonan yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  7. Isi maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:
    – Maklumat peribadi
    – Maklumat keluarga
    – Maklumat akademik
    – Pilihan program
    – Maklumat tambahan
  8. Setelah selesai mengisi semua maklumat tersebut, buat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.
  9. Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.
  10. Cetak Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan ke IPTA dan MARA melalui UPUOnline 2025/2026, sila layari laman web iaitu https://upu.mohe.gov.my/.

Baca juga: BYDPA 2025: Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: