UPUOnline: Keputusan Kemasukan Ke UA Lepasan STPM/Setaraf

Bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi sesi 2025/2026 menerusi sistem UPUOnline boleh membuat semakan permohonan mulai 5 September 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai UPUOnline

Bagi kemasukan ke UA, bagi lepasan STPM dilakukan menerusi sistem UPUOnline.

Untuk info, UPUOnline merupakan sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain membuat permohonan kemasukan ke IPT, pemohon yang gagal dalam permohonan juga boleh membuat rayuan melalui sistem ini dan ini adalah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT dari semasa ke semasa.

Tarikh Semakan Keputusan

Keputusan boleh disemak mulai 5 September 2025 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari sehingga14 September 2025 (Ahad), jam 5.00 Petang.

Cara Semakan Keputusan

Keputusan boleh disemak mulai 5 September 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 14 September 2025, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:

a) Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my,
b) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Pengesahan Setuju Terima/Tolak Tawaran

Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 6 September 2025 hingga 14 September 2025 di laman web UA masing-masing. 

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 6 September 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Permohonan Rayuan

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my.

Permohonan boleh dilakukan dalam tempoh 10 hari mulai 5 September 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 14 September 2025, jam 5.00 petang.

Pertukaran Program Pengajian

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBKPA
TikTok: BKPAUPU

Baca juga: Permohonan Bantuan Laptop Siswa Johor 2025 Fasa 2

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: