UPUOnline: Semakan Keputusan Ke IPTA & MARA 2025/2026

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) yang sebelum ini dibuat menerusi UPUOnline di peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 16 Jun 2025 (Isnin).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai semakan keputusan ini.

Mengenai UPUOnline

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke IPT bagi lepasan STPM dilakukan menerusi sistem UPUOnline.

UPUOnline merupakan sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain membuat permohonan kemasukan ke IPT, pemohon yang gagal dalam permohonan juga boleh membuat rayuan melalui sistem ini dan ini adalah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT dari semasa ke semasa.

Tarikh Semakan Keputusan

Keputusan boleh disemak mulai 16 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 25 Jun
2025, jam 5.00 petang

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan boleh dibuat menerusi kaedah berikut:

Pengesahan Setuju Terima Tawaran

Pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat bermula pada 17 Jun 2025 hingga 25 Jun 2025 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan MARA BPT kepada yang berjaya mulai 17 Jun 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Permohonan Rayuan

Pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 16 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Jun 2025, jam 5.00 petang.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT boleh dimajukan terus ke institusi
berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai
dilaksanakan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline boleh dimajukan
ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut: –

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU

Baca juga: Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: