UPUOnline: Semakan Keputusan Rayuan Lepasan SPM
Bagi pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi akademik 2024/2025, semakan keputusan rayuan bagi lepasan SPM untuk kemasukan ke IPT melalui UPUOnline 2024/2025 boleh dilakukan mulai 26 Ogos 2024.
Berikut maklumat mengenai perkara ini dan cara untuk membuat semakan keputusan rayuan.
Mengenai UPUOnline
Untuk makluman, permohonan kemasukan ke IPT bagi lepasan STPM dilakukan menerusi sistem UPUOnline.
UPUOnline merupakan sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Selain membuat permohonan kemasukan ke IPT, pemohon yang gagal dalam permohonan juga boleh membuat rayuan melalui sistem ini dan ini adalah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT dari semasa ke semasa.
Kemasukan Ke IPT
Sistem UPUOnline merupakan sistem yang membolehkan pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf memohon kemasukan ke IPT berikut:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik Konvensional
- Politeknik Premier
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- Kolej Komuniti
Syarat Am Permohonan
Syarat am permohonan ke IPT bagi lepasan STPM/setaraf seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. Kad Pengenalan/My Kad sahaja.
- Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
Cara Permohonan/Login UPUOnline
Bgai lepasan SPM atau STPM yang ingin memohon kemasukan ke IPT, sila ikuti langkah-langlah berikut untuk login UPUOnline:
- Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Daftar Akaun Baru.’mengisi semua maklumat pemohon dan maklumat keselamatan akaun.
- Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’ untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
- Login semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Setelah berjaya login, isi semua info permohonan yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
- Isi maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:
– Maklumat peribadi
– Maklumat keluarga
– Maklumat akademik
– Pilihan program
– Maklumat tambahan - Setelah selesai mengisi semua maklumat tersebut, buat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.
- Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.
- Cetak Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Cara Kemaskini UPUOnline
Untuk mengemaskini UPUOnline, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘Log Masuk.’
- Kemaskini maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semak semua maklumat yang diisi adalah betul.
Cara Membuat Semakan Keputusan Rayuan
Keputusan rayuan boleh disemak mulai 6 Ogos 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 15 Ogos 2024, jam 5.00 petang.
Untuk semakan keputusan, semakan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:
i) Secara atas talian melalui pautan:
- https://jpt.utm.my
- https://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- https://jpt.ums.edu_my
- https://jpt.umt.edu.my
ii) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
Pengesahan Setuju Terima
Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 Ogos 2024 hingga 15 Ogos 2024 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan tersebut.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai semakan keputusan rayuan permohonan UPUOnline 2024/2025, sila layari laman web iaitu https://upu.mohe.gov.my/.