Permohonan UPU Online Fasa 2 2023/2024 Mulai 15 Mei 2023

Bagi pelajar yang ingin memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan terlepas permohonan Fasa 1, permohonan UPU Online Fasa 2 akan dibuka mulai 15 Mei 2023.

UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memudahkan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.

Oleh itu, bagi pelajar boleh mengemukakan permohonan UPUOnline Fasa 2 pada5 Mei 2023 sehingga 9 Jun 2023.

UPUOnline Fasa 2

Kemasukan Ke IPT

Kemasukan ke IPT bagi sesi akademik 2023/2024 melibatkan kemasukan ke:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti (KK)
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Kategori Permohonan

Kategori permohonan UPU Online bagi fasa ini adalah seperti berikut:

i) Calon yang telah memohon Fasa 1

  • Kemaskini pilihan program pengajian kecuali program temu duga dan/ujian (calon STPM/Matrikulasi/ASASI/STAM sahaja)
  • Kemaskini pilihan program berdasar keputusan sebenar SPM 2022 (calon kategori A sahaja)

ii) Calon yang belum memohon Fasa 2

  • Permohonan baharu UPUOnline kecuali program pengajian temu duga dan/ujian.

Permohonan Lepasan SPM

Kategori permohonan bagi lepasan SPM yang layak untuk memohon kemasukan ke IPT adalah seperti berikut:

  • SPM 2022
  • SPM 2021
  • SPM 2020

Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

Untuk kategori permohonan lepasan STPM atau setaraf, permohonan dibuka kepada lepasan STPM atau setaraf berikut:

  • STPM 2022
  • Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ASASIpintar UKM/ASASI UiTM sesi akademik 2021/2022
  • STAM 2022 dan 2021
  • Diploma atau setaraf:
    – Diploma UA/Politeknik
    – DKM/DLKM/DVM/Diploma IPTS/Diploma Luar Negara/Lain-lain Diploma
    – Kelayakan setaraf seperti A-Level/IBD/AUSMAT/SAM/CPU/Sekolah Sukan
    – STPM, Matrikulasi KPM/ASASI, STAM (bukan tahun semasa)

Destinasi Pengajian

Destinasi pengajian yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

i) Lepasan SPM

  • Peringkat ASASI: UA
  • Peringkat Diploma: UA, Politeknik, dan ILKA
  • Peringkat Sijil: KK dan ILKA
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda: UA

ii) Lepasan STPM

  • Ijazah Sarjana Muda di UA

Syarat Am Permohonan UPU Online

Syarat am yang ditetapkan untuk memasuki IPT dalam negara bagi kelayakan SPM adalah seperti berikut:

i) Asasi

  • Pemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu.
  • Lulus Sejarah.

ii) Diploma

  • Pemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu.
  • Lulus Sejarah.

Untuk kelayakan SPM bagi kemasukan ke Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA, syarat am adalah seperti berikut:

i) Diploma

  • Pemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian
  • Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.

ii) Sijil

  • Menduduki peperiksaan SPM.
  • Boleh membaca, menulis dan mengira.
UPUOnline

Untuk memasuki IPT bagi kelayakan STPM dan setaraf pula, syarat am ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap (PR) dan Pemastautin Sementara yang mempunyai kad pengenalan.
  • Pelajar yang bukan warga Malaysia (Pemegang MyPR dan MyKAS) akan diproses tertakluk pada syarat-syarat kemasukan kategori bukan warganegara.
  • STPM 2021:
    – SPM kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
    – PNGK 2.0 dan gred C (2.00) dalam 3 mata pelajaran termasuk pengajian am.
  • Matrikulasi/Asasi 2021/2022
    – SPM kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
    – PNGK 2.0
  • STAM 2021 dan 2020
    – SPM kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
    – Pangkat Jayyid
  • MUET:
    – Band 1.0/10 (mendapat sekurang-kurangnya band 1.0 untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020).
UPUOnline Fasa 2

Dasar & Kriteria Pemilihan

Dasar dan kriteria pemilihan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i) Lepasan SPM

ii) Lepasan STPM dan setaraf

Pengiraan Merit

Pengiraan merti yang ditetapkan untuk kemasukan lepasan SPM adalah seperti berikut:

Untuk lepasan STPM atau setaraf, kiraan merit yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Permohonan Melalui UPU Online

Permohonan boleh dibuat melalui sistem UPUOnline menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
  2. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Akaun Baru’ untuk mengisi semua maklumat pemohon.
  3. Klik butang ‘Daftar’ untuk memastikan proses pendaftaran selesai.
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Lengkapkan maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:
    – Maklumat peribadi
    – Maklumat keluarga
    – Maklumat akademik
    – Pilihan program
    – Maklumat tambahan
  6. Buat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.
  7. Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar.
  8. Cetak Slip permohonan sebagai bukti.

Maklumat Lanjut UPU Online

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPT bagi sesi akademik 2023/2024, sila layari laman web https://upu.mohe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: