USAHASISWA@YP: Program Keusahawanan Mahasiswa Anak Perak

Persatuan Mahasiswa Anak Perak di Institut Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA) dijemput untuk menyertai sebuah Program Perintis Keusahawanan Persatuan Mahasiswa Anak Perak atau USAHASISWA@YP.

Mereka berpeluang untuk menjadi usahawan dari peringkat IPTA untuk menjana pendapatan Bagi Persatuan Mahasiswa Anak Perak melalui perniagaan yang berkonsepkan jualan F&B.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai USAHASISWA@YP

Program keusahawanan ini dilaksanakan dengan kerjasama antara Yayasan Perak dan Syarikat Ngopdul Coffee Sdn. Bhd.

Menerusi program ini, Persatuan Mahasiswa Anak Perak di IPTA berpeluang menjadi usahawan dari peringkat IPTA melalui perniagaan yang berkonsepkan jualan F&B.

Bantuan ini diberikan untuk meningkatkan pendapatan Persatuan Mahasiswa Anak Perak di dalam IPTA.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan adalah mulai 20 Januari sehingga 14 Februari 2025.

Jumlah Bantuan

Menerusi program ini, mereka yang layak akan menerima bantuan perniagaan sehingga RM 48,000.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Perniagaan dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Perak secara berterusan.
  2. Berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pusat Pembangunan Usahawan / Unit Keusahawanan di IPTA.
  3. Menyelaraskan cadangan tapak perniagaan yang bersesuaian bagi pengoperasian kiosk Ngopdul Coffee di dalam kampus IPTA. (Mendapat Persetujuan dari pihak IPTA)
  4. Menyediakan tenaga kerja yang komited dari ahli Persatuan Mahasiswa Anak Perak bagi pengoperasian perniagaan di kiosk. (Minimum 5 orang tenaga kerja tetap)
  5. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang tenaga kerja komited dan disiplin yang tinggi serta berpengalaman sementara di dalam industri Makanan dan Minuman (F&B).
  6. Melepasi sesi temuduga dan pitching oleh Yayasan Perak bagi sesi pemilihan Program Usahasiswa@YP.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila isi maklumat yang diperlukan di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe6Xtrg4oje8FGPHmn8klTiPosUj8LbZ1RgYQZTwlRz7MOlQg/viewform.

Dokumentasi Yang Diperlukan

Dokumentasi yang diperlukan bagi sesi pemilihan Program Usahasiswa@YP adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan. (Akan diberi selepas melepasi sesi pemilihan)
  2. Salinan Pendaftaran Persatuan Mahasiswa Anak Perak yang terkini.
  3. Rancangan Perniagaan Program Usahasiswa@YP:
    – Pengenalan Persatuan dan Rujukan Persatuan (Hal Ehwal Pelajar IPTA);
    – Senarai Nama Ahli Persatuan lengkap (Termasuk Pengurusan Tertinggi / Biro Pengurusan / Jawatankuasa) bersertakan latar belakang bidang pembelajaran;
    – Salinan Sijil Jabatan Pendaftaran Persatuan (ROS) dan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
    – Penyata Akaun Persatuan (jika berkaitan);
    – Perancangan Pengurusan Kewangan bagi Perniagaan yang akan dijalankan;
    – Kaedah Pemasaran dan Pengoperasian Perniagaan;
    – Sasaran Pendapatan dan Perbelanjaan Perniagaan.
    – Cadangan Tapak Perniagaan yang bersesuaian
    – Sijil – Sijil yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut mengenai USAHASISWA@YP, sila hubungi Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial) di talian 052460998/0227.

Baca juga: Bantuan Yuran Pendidikan Tadika Tahfiz Negeri Pahang 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: