Permohonan Walimatul Urus Perdana 2023 Johor

Pasangan di Negeri Johor yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa pasangan untuk menyertai Majlis Walimatul Urus Perdana 2023.

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor ini akan melibatkan 200 pasangan yang layak sahaja.

Pelbagai faedah bakal dinikmati pasangan yang menyertai majlis ini terutamanya melibatkan kos penganjuran majlis yang ditanggung oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 30 Ogos 2023.

Tarikh & Tempat Majlis Walimatul Urus Perdana 2023

Tarikh dan tempat yang akan berlangsung untuk majlis ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 16 September 2023 (Sabtu)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Tempat: Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru

Faedah Diperolehi

Pelabagai faedah akan dinikmati pasangan yang menyertai majlis ini antaranya:

  • Penyediaan dewan nikah.
  • Khidmat Pengurusan Nikah.
  • Penyediaan pelamin dan hiasan.
  • Penyediaan jamuan untuk pasangan pengantin dan ahli keluarga.
  • 2 bilik penginapan untuk persiapan pasangan pengantin.
  • Cenderahati untuk pasangan pengantin.
  • Cenderahati untuk ahli keluarga pengantin.
  • Khidmat Pengurus Perkahwinan.
  • Kumpulan Kompang dan Persembahan Nasyid.
  • Sijil nikah dan kad perakuan nikah akan diserahkan selepas majlis.

Syarat Penyertaan

Syarat penyertaan majlis ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Rakyat Negeri Johor yang beragama Islam atau permastautin yang melebihi 6 bulan di Negeri Johor.
  3. Perkahwinan kali pertama sahaja.
  4. Telah mendapat kebenaran nikah daripada Pejabat Kadi.
  5. Tarikh kebenaran nikah yang diterima ialah bermula dari tarikh 18 Jun 2023 sehingga 30 Ogos 2023.

Kaedah Permohonan

Untuk memohon, pasangan boleh terus menghubungi Pejabat Kadi daerah masing-masing:

  • Johor Bahru: 07-207 6443
  • Pontian: 07-687 1926
  • Muar: 06-952 1573 (Samb. 3)
  • Kota Tinggi: 07-883 1348 (Samb. 10)
  • Batu Pahat : 07-433 3142
  • Mersing: 07-799 8850
  • Segamat: 07-931 1330 (Samb. 10)
  • Kulai: 07-599 5602
  • Kluang 07-777 1245
  • Tangkak: 06-978 6795

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Majlis Walimatul Urus Perdana 2023, sila hubungi Pejabat Kadi Daerah atau melayari laman web https://jainj.johor.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: