WTU 2024: Pinjaman Pelajaran Universiti Terbaik Dunia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti terbaik dunia menerusi World Top University Programme (WTU) 2024.

Berikut merupakan maklumat dan info mengenai permohonan ini.

Mengenai WTU 2024

WTU merupaan program pinjaman pelajaran yang dilaksanakan untuk melahirkan bakal pemacu ekonomi profesional dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif serta boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Program ini menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian di universiti terbaik dunia.

Bagi pelajar yang berminat, permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) bermula 15 Julai 2024 sehingga 29 Julai 2024.

Tempoh Pinjaman WTU

Tempoh pinjaman bagi program ini adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pemohon sedia ada, baki tempoh pengajian adalah tidak kurang dari 1 tahun.

Senarai Bidang & Universiti Terpilih

Senarai bidang dan universiti terpilih yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

Senarai Bidang

Senarai bidang yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon pinjaman pelajaran menerusi program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa bertaraf bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024:
    – Ijazah Sarjana Muda tidak melebihi 30 tahun
  3. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  4. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalamn senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  6. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran WTU.
  7. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) atas masalah akademik/disiplin.
  8. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan/bekerja perlu mendapat pelepasan/kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.
  9. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dan telah mendapat pelepasan dari pihak majikan sahaja yang akan dipertimbangkan tawaran pengajian ke luar negara.
  10. Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui cara memohon seperti berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan setiap butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai WTU 2024, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/program-pinjaman-pelajaran-mara-ke-universiti-terbaik-dunia-2024/?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR0P4FNDCPXNg3KRdvgsF6iciLhrRCev1VOPaGpru-uU3xXiJn35y84eZhk_aem_1z5A05pW9uxvKAlXx5Nbcg.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: