Yayasan Sime Darby: Permohonan Biasiswa & Dermasiswa 2025

Yayasan Sime Darby (YSD) menawarkan biasiswa dan dermasiswa untuk pengambilan sesi 2025/2026.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa dan dermasiswa ini.
Mengenai Yayasan Sime Darby
Yayasan Sime Darby (YSD) merupakan cabang kebajikan di bawah SD Guthrie Berhad, Sime Darby Berhad dan Sime Darby Property Berhad.
Semenjak penubuhannya, ayasan ini telah menawarkan biasiswa kepada individu yang cemerlang dan layak kepada mereka yang memerlukan.
Yayasan ini juga sentiasa menyokong pelajar Malaysia yang layak dengan pencapaian akademik yang cemerlang, kualiti kepimpinan dan penyertaan aktif dalam masyarakat untuk menerusi pemberia biasiswa atau dermasiswa.
Untuk biasiswa, permohonan dibuka untuk pelajar prasiswazah tahun pertama dan kedua untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia.
Bagi dermasiswa pula, permohonan dibuka kepada pelajar sarjana muda atau diploma Orang Kurang Upaya (OKU) yang berpotensi untuk pengambilan September 2025 di mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia yang diiktiraf.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 sehingga 31 Mac 2025.
Pembiayaan Biasiswa & Dermasiswa
Pembiayaan biasiswa merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan (sara hidup, sara hidup, penginapan), elaun laptop dan elaun buku.
Untuk dermasiswa pula, pembiayaan meragkumi yuran pengajian, elaun bulanan (sara hidup, sara hidup, penginapan) dan elaun buku.
Tambahan pula, jumlah pemberian dermasiswa ini adalah sehingga jumlah maksimum RM15,000 setahun.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk biasiswa atau dermasiswa ini adalah seperti berikut:
i) Biasiswa
- Warganegara Malaysia.
- Umur 25 tahun ke bawah.
- Tamat STPM/ Pra-Universiti/ Asasi/ Matrikulasi Tempatan/ Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.30.
- Jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM11,000 dan ke bawah.
- Mempunyai kualiti kepimpinan yang kukuh melalui pelbagai jawatan kepimpinan dalam pertandingan sekolah, kebangsaan dan/atau global dan/atau acara sukan.
- Penglibatan aktif dalam khidmat masyarakat.
ii) Dermasiswa
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 25 tahun ke bawah.
- Pelajar kurang upaya fizikal (pemegang kad OKU).
- Mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam SPM bagi pemohon Diploma.
- Tamat STPM/ Pra-Universiti/ Asasi/ Matrikulasi Tempatan/ Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi pemohon Sarjana Muda.
Pelajar Universiti Yang Layak
Pembiayaan biasiswa layak diberikan kepada pelajar-pelajar di universiti berikut:
- Universiti Malaya
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Monash University Malaysia
- University of Southampton Malaysia
- University of Nottingham Malaysia
- Curtin University Malaysia
- Taylor’s University Malaysia
Cara Memohon
Pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan berikut:
- Biasiswa: https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/forms/bursary-form
- Dermasiswa: https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/forms/bursary-form
Info Lanjut
Info lanjut mengenai biasiswa dan dermasiswa Yayasan Sime Darby, sila layari pautan https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/scholarship-information?fbclid=IwY2xjawI1LtdleHRuA2FlbQIxMAABHRm0g27IVYbWH0Q4eFaRey5PVfGBTNBXZ_gcoc7C8QLkxXw1TX4w0hI9OA_aem_YMP6ioKVux8JApgTA3bqJg
Baca juga: DSIP 2025: Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK