Permohonan Yayasan UEM Professional Qualification Scholarship
Yayasan UEM menawarkan peluang kepada belia Malaysia untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti luar dan tempatan serta profesional menerusi Yayasan UEM Professional Qualification Scholarship.
Untuk makluman, Yayasan UEM Professional Qualification Scholarship bukan sahaja menawarkan biasiswa meliputi yuran pengajian akademik dan pelbagai elaun, tetapi juga menyediakan program pembangunan yang terdiri daripada komunikasi kepada kepimpinan serta pemikiran analitikal/kritis.
Tawaran biasiswa ini adalah untuk memnuhi matlamat UEM iaitu untuk memupuk individu yang holistik dan berjaya.
Untuk pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sehingga 21 Ogos 2022.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Ekonomi)
- Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik)
- IT dan Berkaitan Komputer (Sains Komputer, Sistem Komputer dan Rangkaian, Kejuruteraan Perisian, Sains Data, Kejuruteraan Data)
- Bidang Pengajian untuk Biasiswa Kelayakan Profesional:
- Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Ekonomi)
- Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik/Perisian/Data)
Syarat Umum
Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini ialah:
- Semua pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Mahir berbahasa Inggeris
- Bersemangat tinggi yang komited kepada pembangunan diri
- Cemerlang dan memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlang
- Memegang jawatan kepimpinan di sekolah atau universiti.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk pemohon yang berhasrat memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Siswazah yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda samada dalam bidang Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Perakaunan (Sistem Maklumat)/Ekonomi) atau Kejuruteraan (Sivil/Mekanikal/Elektrikal) sahaja.
- Di peringkat Ijazah Sarjana Muda, minimum yang mesti diperoleh adalah 2:1 atau CGPA 3.5.
- Bagi peringkat STPM/Matrikulasi/Asasi, minimum yang mesti diperoleh adalah CGPA 3.5.
- Perlu mendapat gred “A” bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM;
- Pemohon mestilah mendapat Band 4 dan ke atas sahaja bagi MUET.
- Pemohon mestilah menunjukkan kesungguhan yang tinggi, berprestasi tinggi dan boleh bekerja dalam kumpulan serta komited terhadap pembangunan diri, berusaha untuk berjaya serta memiliki kemahiran komunikasi dan interaksi yang baik, di samping memegang jawatan kepimpinan di kelab-kelab di sekolah/universiti.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan berikut https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx?fbclid=IwAR0lM3J70Mdu2VrU3G_v-LqxUdai3gKtm6jFLNELnY91Zvx1s0_KnNUX36Q.
- Klik butang ‘Apply Now.’
- Klik bahagian ‘Register Now’ diikuti dengan memasukkan maklumat diri dan klik butang ‘Continue.’
- Isi maklumat pendaftaran akaun dan klik butang ‘Register.’
- Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Buat permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Yayasan UEM Professional Qualification Scholarship, sila layari laman web https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx?fbclid=IwAR0lM3J70Mdu2VrU3G_v-LqxUdai3gKtm6jFLNELnY91Zvx1s0_KnNUX36Q.