Permohonan Yayasan UEM Wira Scholarship 2024

Yayasan UEM menawarkan peluang kepada pelajar prasiswazah sesi akademik 2024/2025 menerusi Yayasan UEM Wira Scholarship.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.
Mengenai Biasiswa Yayasan UEM Wira Scholarship
Untuk makluman, Biasiswa Yayasan UEM Wira Scholarship merupakan biasiswa untuk pelajar STPM/Matrikulasi/Asasi untuk memperoleh ijazah sarjana muda di universiti/IPTA tempatan terbaik di dalam negara.
Untuk biasiswa ini, Yayasan UEM akan menampung perbelanjaan akademik termasuk yuran pengajian dan peperiksaan, insurans perubatan dan hayat, komputer riba, elaun sara hidup dan peruntukan untuk buku serta peralatan berkaitan pengajian (untuk pelajar bukan perniagaan).
Untuk pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 6 Oktober 2024 sehingga 20 Oktober 2024.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Ekonomi)
- Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik)
- IT dan berkaitan Komputer (Sains Komputer, Sistem Komputer dan Rangkaian, Kejuruteraan Perisian, Sains Data, Kejuruteraan Data)
Syarat Umum
Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini ialah:
- Semua pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Mahir berbahasa Inggeris
- Bersemangat tinggi yang komited kepada pembangunan diri
- Cemerlang dan memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlang
- Memegang jawatan kepimpinan di sekolah atau universiti.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk pemohon yang berhasrat memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Mendapat keputusan STPM/Matrikulasi/Asasi: PNGK minima 3.5
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan berikut https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx.
- Klik butang ‘Apply Now.’
- Klik bahagian ‘Register Now’ diikuti dengan memasukkan maklumat diri dan klik butang ‘Continue.’
- Isi maklumat pendaftaran akaun dan klik butang ‘Register.’
- Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Buat permohonan sehingga selesai.
Soalan Lazim
Yayasan UEM akan menampung perbelanjaan akademik termasuk yuran pengajian dan peperiksaan, insurans perubatan dan hayat, komputer riba, elaun sara hidup dan peruntukan untuk buku serta peralatan berkaitan pengajian (untuk pelajar bukan perniagaan).
Tidak. Hanya permohonan dalam talian akan diterima.
Ya, tetapi hanya dengan kelulusan bertulis daripada Yayasan UEM.
Tidak. Pemohon yang berjaya tidak boleh memohon dan/atau menerima sebarang biasiswa atau bentuk bantuan kewangan lain daripada sumber lain semasa perjanjiannya dengan Yayasan UEM masih berkuatkuasa. Bagaimanapun, bantuan kewangan atau bantuan lain yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak termasuk dalam kategori ini.
Ya. Pelajar di bawah biasiswa Yayasan Wira UEM akan mempunyai bon 3 tahun.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon. Jika pemohon tidak menerima maklum balas daripada kami selepas 2 bulan dari tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Yayasan UEM Wira Scholarship, sila layari laman web https://www.uem.com.my/.
Baca juga: UiTM Endowment Scholarship: Biasiswa Wakaf UiTM 2024