Youth Pahang Job: Program Anak Muda Pahang Mencari Kerja
Anak muda dan mahasiswa Negeri Pahang yang telah menamatkan pengajian dan ingin mencari pekerja adalah dialukan-alukan untuk mendaftar di dalam Youth Pahang Job.
Youth Pahang Job merupakan program baru Yayasan Pahang untuk mahasiswa/i anak Pahang yang berada di tahun akhir dan graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Program ini dilaksanakan bersama-sama rakan strategik PERKESO Pahang dan Talent Corporation Malaysia Berhad yang untuk menyediakan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan kepada mahasiswa anak Pahang.
Anak-anak Pahang yang berminat dan memerlukan pekerja boleh membuat pendaftaran sebelum 31 Disember 2023.
Kadar Pengangguran Di Malaysia
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran berada di tahap 3.4 peratus pada Jun 2023.
Kadar tersebut mencatatkan penurunan berbanding 3.5 peratus yang direkodkan pada bulan Mei 2023.
Bilangan penganggur juga menurun daripada 584,600 orang pada bulan Mei 2023 kepada 581,700 orang pada Jun 2023.
Penurunan tersebut disumbangkan oleh peningkatan berterusan bilangan penduduk bekerja, manakala penganggur berada pada trend menurun walaupun prospek ekonomi diunjurkan berkembang sederhana.
Bantuan Menerusi Youth Pahang Job
Menerusi program ini, anak-anak muda Negeri Pahang akan dibantu dalam aspek:
- Bimbingan awal permohonan pekerjaan
- Pemadanan kerjaya
- Penempatan pekerjaan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk mendaftar dalam program ini adalah seperti berikut:
- Dilahirkan atau bermastautin di Negeri Pahang.
- Telah menamatkan pengajian (semua peringkat pengajian) dan bersedia untuk bekerja.
- Had umur sehingga 40 tahun sahaja.
- Permohonan dibuat sebelum 31 Disember 2023.
Tatacara Untuk Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Klik di pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/MOHKERJAPAHANG.
- Isi semua maklumat pendaftaran yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Klik borang “Serah” untuk melengkapkan pendaftaran.
Soalan Lazim
Boleh. Mereka yang dilahirkan atau bermastautin di Negeri Pahang boleh mendaftar program ini.
Tidak. Hanya mereka di bawah umur 40 tahun sahaja layak mendaftar.
Beberapa manfaat yang bakal diperoleh melalui program ini antaranya bimbingan awal permohonan pekerjaan, pemadanan kerjaya dan penempatan pekerjaan.
Pertanyaan Lanjut
Pertayaan lanjut mengenai Youth Pahang Job, sila hubungi Encik Haris Fadilah atau Cik Nur Mugheerah di talian 09-518 1800 untuk pertanyaan lanjut.