TPSPDT: Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT

Permodalan Darul Ta’zim (PDT) membuka tawaran kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Master) di Universiti Awam untuk memohon Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT).

TPSPDT ialah tabung pendidikan yang diperkenalkan sejak tahun 2016 khusus kepada anak Johor yang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana (Master) di Universiti Awam.

Oleh itu, pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan dan tarikh tutup permohonan adalah 31 Julai 2022.

Syarat Am Permohonan

Syarat am permohonan yang perlu ditetapkan untuk pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Sarjana yang sedang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus/penyelidikan/campuran secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.
  2. Pemohon mestilah lahir di negeri Johor / menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  3. Tiada had umur ditetapkan.
  4. Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon/keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran;
  5. Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,360.00 sebulan (B40).
  6. Tempoh pengajian Sarjana (Master):
    – Bagi pengajian 4 semester, tempoh pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester dari tempoh permohonan.
    – Bagi pengajian 2 semester, tempoh pengajian mestilah berbaki 1 semester dari tempoh permohonan.
  7. Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi/ agensi/Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).
  8. Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT selama 5 tahun iaitu dari tarikh bantuan di terima.

Cara Memohon

Untuk memohon, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.pdt.com.my/tpspdt2022/.
  2. Klik butang ‘Borang Permohonan.’
  3. Muat turun borang permohonan tersebut.
  4. Lengkapkan borang permohonan.
  5. Sediakan dokumen-dokumen wajib.
  6. Emailkan borang permohonan serta dokumen-dokumen wajib ke alamat email [email protected].

Dokumen Wajib

Dokumen-dokumen wajib yang perlu disediakan adalah:

  1. Dokumen sokongan pemohon menetap di Negeri Johor (alamat di dalam kad pengenalan/ sijil tamat sekolah rendah dan menengah/borang pengesahan pemastautin).
  2. Salinan sah surat tawaran kemasukan ke Univerisiti Awam.
  3. Salinan sah kad pengenalan pemohon, ibu bapa dan/atau penjaga dan pasangan (jika berkahwin)
  4. Salinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin – slip gaji pasangan), slip gaji ibubapa/penjaga atau penyata pesara ibubapa/penjaga atau akuan bersumpah pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga/pasangan (jika tiada slip gaji).
  5. Salinan transkrip akademik/keputusan peperiksaan terkini.
  6. Sijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat negeri (jika ada).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai TPSPDT, sila layari laman web https://www.pdt.com.my/tpspdt2022/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: