Permohonan YTM Future Leaders Scholarship kini dibuka untuk permohonan pengambilan kedua dan eksklusif untuk pelajar Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kini berada dalam tahun pertama semester pertama 2022.
Untuk pengetahuan, YTM Future Leaders Scholarship adalah biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan TM kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
Menerusi biasiswa ini, penerima biasiswa akan menjalani Program Pembangunan Berstruktur yang direka khas untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran masa hadapan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.
Untuk pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat sebelum 14 Oktober 2022.
Bidang Pengajian
Pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian berikut layak memohon biasiswa ini iaitu:
- Teknologi Maklumat dan Digital
- Multimedia Kreatif/Seni Sinematik
- Kejuruteraan
- Pengurusan
- Pensijilan Profesional (contoh: ACCA)
Syarat Am
Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
- Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
- Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.
Syarat Kelayakan
Pelajar yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat kelayakan berikut iaitu:
- Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
- Mendapat sekurang-kurangnya 6A (termasuk subjek teras) untuk SPM 2021 atau PNGK 3.0 atau setara untuk keputusan terkini.
- Tidak melebihi umur 23 tahun pada Disember 2022.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Tatcara Permohonan
Tatcara permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah di bawah:
- Layari pautan bit.ly/YTMscholarship2022.
- Klik “Apply Now.”
- Kemudian, klik “Permohonan Baru.”
- Pilih biasiswa yang ingin dipohon.
- Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.
- Hantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai YTM Future Leaders Scholarship, sila hantar hubungi En Khairul Izam di talian 011 3609 8927 atau menghantar emel ke alamat [email protected]