YTM’S Future Leaders Scholarship: Biasiswa Anak Terengganu Di MMU

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dengan kerjasama Yayasan Telekom Malaysia (YTM) telah membuka permohonan Program Tajaan Biasiswa kepada anak negeri Terengganu Darul Iman dibawah program YTM’S Future Leaders Scholarship.

Visi besar YTM’S Future Leaders Scholarship diwujudkan bagi melahirkan pemimpin digital masa hadapan daripada anak Terengganu untuk Malaysia.

Untuk makluman, biasiswa ini hanya dikhaskan kepada anak Negeri Terengganu yang menyambung pengajian di Multimedia University (MMU) sahaj bagi sesi kemasukan Oktober 2022.

Tawaran permohonan biasiswa ini telah dibuka kepada orang ramai dan akan ditutup sehingga 1 September 2022.

Manfaat Biasiswa

Mahasiswa yang bakal menerima biasiswa bakal menerima manfaat seperti berikut:

  • Program Pembangunan Berstruktur
  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Komputer
  • Elaun Latihan Amali
  • Elaun Tesis

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan menerusi biasiswa ini adalah seperti:

  1. Pelajar Lepasan SPM 2021.
  2. Mendapat minimum 6A dalam SPM.
  3. Pelajar dan Ibu Bapa adalah Warganegara Malaysia.
  4. Cemerlang dalam bidang akademik dan aktif kokurikulum/sukan.
  5. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.
  6. Tidak menerima sebarang biasiswa atau tajaan pendidikan dari mana-mana pihak lain.

Cara Membuat Permohonan

Untuk pelajar-pelajar yang berminat dan berhasrat untuk mendapatkan biasiswa ini, sila berhubung dengan Pegawai YDSM, Mohd Hapizul bin Ibrahim di talian 019-9302100.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai YTM’S Future Leaders Scholarship, sila layari Facebook Yayasan DiRaja Sultan Mizan https://www.facebook.com/yayasandiraja.sultanmizan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: