Permohonan YTP Agro Bank: Young Talent Program

Agro Bank telah memperkenalkan Young Talent Program (YTP) iaitu program latihan yang menawarkan peluang kerjaya dalam sektor perbankan kepada graduan yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana lepasan IPT.

Program YTP ini memberikan peluang kepada graduan untuk terlibat untuk menjalani latihan dan mendapat tawaran kerjaya di Agro Bank.

Menerusi program ini, graduan bakal menerima pelbagai manfaat daripada Agro Bank khususnya selepas tamat program ini.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dan akan ditutup pada 31 Mei 2022 pada jam 5.00 petang.

Manfaat Ditawarkan

Manfaat yang ditawarkan menerusi YTP ini adalah seperti berikut:

  • Peluang untuk menerokai ilmu baharu, kemahiran dan hubungan yang baik (network) dalam Sektor Perbankan.
  • Mendapat pengalaman bekerja di Ibu Pejabat dan Cawangan.
  • Bimbingan dan sokongan kerjaya.
  • Pakej imbuhan yang kompetitif.
  • Peluang pekerjaan dengan Agroban

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Graduan lepasan Ijazah atau Sarjana dengan pengalaman bekerja kurang daripada 2 tahun.
  2. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh pengambilan.
  3. Ijazah atau Sarjana dalam kursus berkaitan Kredit (Bidang Perakaunan/Kewangan/Perbankan/Ekonomi/Pemasaran/Perniagaan yang berkaitan diutamakan).
  4. Minima PNGK 3.50 dan ke atas.
  5. Minima Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).

Tatacara Permohonan

Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Klik pautan permohonan berikut https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=6Z_N-qq26EOPVnLYiIrAJmvnJoOyFtFCiMM-8d0nPUpURVFPWVNCMVRUREtHRkNORE9GNTRKWjhYOS4u&web=1&wdLOR=cFA2DF351-47CE-4A3D-BDC9-D71AF182BB3F.
  2. Lengkapkan permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
  4. Emel dokumen sokongan ke alamat [email protected].

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai YTP, sila layari laman web https://www.agrobank.com.my/my/home/careers/young-talent-program-ytp/.

Pertanyaan lanjut mengenai program ini, pemohon boleh menghantar emel ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: