Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang cemerlang adalah dialu-alukan untuk memohon pinjaman pelajaran menerusi Young Talent Development Programme (YTP) daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).
YTP adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2021 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.
Permohonan program ini dibuka sehingga 27 Jun 2022 dan pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara online.
Maksud PBU
Pembiayaan program ini adalah berasaskan pinjaman pelajaran berbentuk PBU.
PBU bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian. Tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Syarat Umum
Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 buat kali pertama.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.
Syarat Kelayakan Akademik
Syarat kelayakan akademik yang bagi melayakkan memohon program ini ialah pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6 A- bagi keputusan peperiksaan SPM 2021.
Tatacara Permohonan
Permohonan program ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu https://myeduloan.mara.gov.my/v2/.
- Klik butang “Pengguna Baharu.”
- Isi butiran yang diperlukan dan klik butang “Teruskan”
- Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan maklumat permohonan berikut:
-Maklumat peribadi dan keluarga
– Cadangan Pengajian
– Ujian Kelayakan
– Perakuan keterangan - Klik butang hantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai YTP, sila layari kemukakan perkara tersebut melalui emel [email protected]