YTP 2024 MARA: Young Talent Development Programme

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang cemerlang adalah dialu-alukan untuk memohon pinjaman pelajaran menerusi Young Talent Development Programme (YTP) 2024 daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Berikut adalah maklumat mengenai program ini dan cara untuk memohon.

Mengenai YTP 2024

YTP adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2023.

Program ini diperkenalkan untuk pelajar menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Bagi pemohon yang berminat, permohonan program ini dibuka daripada 27 Mei 2024 sehingga 10 Jun 2024 dan pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara online.

Maksud Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Pembiayaan program ini adalah berasaskan pinjaman pelajaran berbentuk PBU.

PBU bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian. Tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Syarat Umum

Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 tidak melebihi 20 tahun.
  3. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  4. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  6. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran YTP.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus:

  1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023.
  2. Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan program yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih.
  3. Proses temuduga hanya melibatkan kursus laluan luar negara dan kursus tertentu dalam negara. Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temuduga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temuduga.
  4. Sebarang hebahan berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui email.

Tatacara Permohonan

Permohonan program ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my.
  2. Klik butang “Pengguna Baharu.”
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang “Teruskan”
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan berikut:
    -Maklumat peribadi dan keluarga
    – Cadangan Pengajian
    – Ujian Kelayakan
    – Perakuan keterangan
  6. Klik butang hantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai YTP 2024, sila layari kemukakan perkara tersebut melalui emel [email protected].

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: