Permohonan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM 2025
Zakat Universiti mempelawa kepada semua kakitangan UKM untuk memohon Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai zakat ini.
Mengenai Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM
Bantuan zakat ini adalah merupakan bantuan kepada kakitangan bagi persediaan keperluan untuk permulaan sesi persekolahan yang akan datang
Zakat ini diberikan bagi peringkat pendidikan sama ada di peringkat tadika, sekolah rendah, dan menengah.
Bagi kakitangan UKM yang ingin memohon, sila buat permohonan mulai 1 Disember 2024 sehingga 1 Februari 2024.
Kadar Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM
Kadar bantuan zakat ini kepada mereka yang layak adalah RM200.00/pelajar sahaja secara one-off.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi memohon bantuan zakat ini adalah seperti berikut:
- Warga Kakitangan UKM.
- Beragama Islam.
- Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.
- Umur anak yang bersekolah 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2024).
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://eprihatin.ukm.my/.
- Masukkan no UKM dan kata laluan.
- Klik butang ‘Log Masuk.’
- Lengkapkan permohonan dengan betul
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
- Pendapatan Suami dan Isteri Sebulan (Penyata Gaji/Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri/Tidak Bekerja – Suri Rumah)
- Kad Pengenalan/Sijil Lahir Tanggungan (Anak yang bersekolah sahaja)
- Sijil Kematian (Jika berkenaan)
- Sijil Cerai (jika Berkenaan)
- Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
* Di ruangan maklumat tanggungan, sila isi kesemua tanggungan termasuk pasangan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai bantuan zakat ini, sila hubungi:
- 03-8921 4225 (Bangi)
- 03-9145 6526 (PPUKM, UKM KKL)
Baca juga: Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2025