Permohonan Zakat UMS Semester 1 Sesi 2022/2023
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuka permohonan bagi pelajar di universiti tersebut untuk mendapatkan Zakat UMS Semester 1 Sesi 2022/2023.
Permohonan Zakat UMS Semester 1 Sesi 2022/2023 ini dibuka kepada pelajar yang tergolong dalam tiga kategori asnaf yang layak iaitu:
- Asnaf Fakir
- Asnaf Miskin
- Asnaf Muallaf
Permohonan bagi zakat ini dibuka sehingga 31 Oktober 2022.
Syarat Am Permohonan
Syarat am permohonan zakat ini adalah seperti berikut:
- Pemohon beragama Islam.
- Pengajian sepenuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, dan Ijazah Sarjana.
- Satu kriteria sahaja bagi setiap permohonan.
- Setiap dokumen sokongan hendaklah disahkan.
Kriteria Permohonan
Kriteria permohonan asnaf yang terlibat adalah seperti berikut:
i) Asnaf Fakir
- Beragama Islam.
- Pelajar UMS.
- Pendapatan ibu/bapa/penjaga tidak sampai 50% daripada belanja hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.
ii) Asnaf Miskin
- Beragama Islam.
- Pelajar UMS.
- Pendapatan ibu/bapa/penjaga tidak mencukupi keperluan sehariannya dan orang-orang tanggungannya.
iii) Asnaf Muallaf
- Baru memeluk agama Islam 5 tahun dari tarikh memeluk agama Islam.
- Pelajar UMS.
- Memerlukan bantuan kewangan.
Cara Memohon
Permohonan bantuan zakat ini boleh dibuat menerusi Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB).
Pelajar juga dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan ini.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti:
i) Kategori Asnaf Fakir/Miskin
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pelajar.
- Salinan kad pengenalan/passport ibu bapa/penjaga.
- Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan terkini (bulan Januari dan ke atas).
ii) Kategori Asnaf Muallaf
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pelajar.
- Salinan kad perakuan memeluk Islam.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Zakat UMS Semester 1 Sesi 2022/2023, sila hubungi Puan Kartini Binti Mail@Ismail di talian 088-320000 sambungan 102950 atau melayari https://www.facebook.com/pusatislamums.