Permohonan Zakat UniSZA 2022

Semua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang menjalani pengajian (status aktif) yang berpendapatan rendah di UniSZA adalah dialu-alukan untuk memohon Zakat UniSZA 2022.

Untuk makluman, permohonan Zakat UniSZA ini diuruskan oleh Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA).

Pemberian zakat ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar UniSZA bawah asnaf fisabilillah yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah bagi memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran tanpa diganggu dengan masalah kewangan.

Selain itum zakat ini juga membantu pelajar-pelajar UniSZA yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak lain.

Permohonan zakat ini dibuka mulai 25 Ogos 2022 (Rabu) dan akan ditutup pada 8 September 2022 (Khamis) melalui Portal Pelajar UniSZA.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Pelajar Sepenuh Masa UniSZA.
  3. Pendapatan Keluarga RM4,300.00 dan ke bawah.
  4. Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

Cara Memohon

Pelajar boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan Portal Pelajar UniSZA iaitu https://siswa.unisza.edu.my/login.php.
  2. Masukkan Username dan Kata Laluan.
  3. Klik ‘Bantuan Kebajikan Pelajar’ dan ‘Bantuan Zakat.’
  4. Kemudian klik ‘Permohonan.’
  5. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai pemberian zakat ini, sila hubungi Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) di talian 09-668 8611/7811/7942/8401.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: