Zakat UUM Bil 2 2023: Cara & Panduan Permohonan

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memerlukan bantuan ketika sedang mengikuti pengajian di universiti terbabit boleh membuat parmohonan Zakat UUM 2023.

Pelaksanaan zakat universiti ini bertujuan bagi membantu dan meringankan bebanan pelajar Islam di UUM dalam meneruskan pengajian mereka.

Pemberian zakat ini diharap mampu meringankan beban pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40.

Oleh itu, pelajar yang berminat untuk membuat permohonan Zakat UUM ini, permohonan boleh dibuat melalui secara atas talian melalui pautan yang disediakan mulai 4 Julai sehingga 20 Julai 2023.

Mengenai UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam Malaysia yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, di bawah Perintah Universiti Utara Malaysia 1984.

Universiti ini juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

Terdapat dua kampus di bawah UUM iaitu kampus utama yang dibina di Sintok, Kedah pada 15 September 1990 dan dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2004 dan kampus kedua (kampus bukan kediaman) yang dibina di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon zakat ini adalah seperti di bawah:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara dan bukan warganegara.
  3. Pelajar yang berdaftar dengan UUM (pascasiswazah dan sarjana muda).
  4. Permohonan sekali sahaja dalam tempoh setahun/2 semester.
  5. Pendapatan keluarga di bawah RM4,000.00.
  6. Status aktif ketika memohon.
  7. Termasuk 8 golongan asnaf (Fakir, Miskin, Amil, Mualaf, Al-Riqab, Al-Qarimin, Fisabilillah, dan Ibnu Sabil).

Cara Memohon Zakat UUM

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Pelajar boleh melayari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfpijoDq3G0OPegnZ0_wZ5Tp6sBb229-P0XeuBS2iRd-TBNXg/viewform?fbclid=IwAR0shcIdMk1aHXSFoxG6nSRzbqP33sqyKEpdbOjfCGtyU0JzlxWksb5sT9s.
  2. Isi setiap maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan tersebut.
  3. Semak maklumat untuk memastikan tiada maklumat yang tersilap.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Zakat UUM ini, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian 04-9284089 (Puan Rosnaliza), 04-9284083 (Puan Nurul Hamiza), dan 04-9284086 (En. Shahadat) atau e-mel: [email protected].

Pelajar juga boleh terus ke pejabat berikut: 

Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD),
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-9284085/4088/4089/4083
E-mel rasmi: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: