Zakat UUM 2023: Cara & Panduan Permohonan

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memerlukan bantuan ketika sedang mengikuti pengajian di universiti terbabit boleh membuat parmohonan Zakat UUM 2023.

Pelaksanaan zakat universiti ini bertujuan bagi membantu dan meringankan bebanan pelajar Islam di UUM dalam meneruskan pengajian mereka.

Pemberian zakat ini diharap mampu meringankan beban pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40.

Oleh itu, pelajar yang berminat untuk membuat permohonan Zakat UUM ini, permohonan boleh dibuat melalui secara atas talian melalui pautan yang disediakan mulai 25 Januari sehingga 22 Februari 2023.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon zakat ini adalah seperti di bawah:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara dan bukan warganegara.
  3. Pelajar yang berdaftar dengan UUM (pascasiswazah dan sarjana muda).
  4. Permohonan sekali sahaja dalam tempoh setahun/2 semester.
  5. Pendapatan keluarga di bawah RM4,000.00.
  6. Status aktif ketika memohon.
  7. Termasuk 8 golongan asnaf (Fakir, Miskin, Amil, Mualaf, Al-Riqab, Al-Qarimin, Fisabilillah, dan Ibnu Sabil).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Pelajar boleh melayari pautan permohonan berikut https://forms.gle/JjB7suhYupsB9FR59.
  2. Isi setiap maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan tersebut.
  3. Semak maklumat untuk memastikan tiada maklumat yang tersilap.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Zakat Universiti Fasa II ini, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian 04-9284089 (Puan Rosnaliza), 04-9284083 (Puan Nurul Hamiza), dan 04-9284086 (En. Shahadat) atau e-mel: [email protected].

Pelajar juga boleh terus ke pejabat berikut: 

Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD),
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-9284085/4088/4089/4083
E-mel rasmi: [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *