Pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh membuat permohonan semakan semula keputusan peperiksaan semester 2 STPM secara atas talian.
STPM merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
Peperiksaan adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa.
Mata Pelajaran STPM
Pelaksanaan peperiksaan STPM melibatkan 22 mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.
Bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
23 mata pelajaran tersebut adalah seperti:
Kod | Mata Pelajaran |
900 | Pengajian Am |
910 | Bahasa Melayu |
911 | Bahasa Cina |
912 | Bahasa Tamil |
913 | Bahasa Arab |
920 | Literature in English |
922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
930 | Syariah |
931 | Usuluddin |
940 | Sejarah |
942 | Geografi |
944 | Ekonomi |
946 | Pengajian Perniagaan |
948 | Perakaunan |
950 | Mathematics (M) |
954 | Mathematics (T) |
958 | Information and Communications Technology (ICT) |
960 | Physics |
962 | Chemistry |
964 | Biology |
966 | Sains Sukan |
970 | Seni Visual |
932 | Tahfiz Al-Quran |
Tarikh Semakan Semula
Tarikh permohonan semakan semula peperiksaan ini boleh dibuat mulai 12 Oktober 2022 sehingga 18 Oktober 2022.
Bayaran Permohonan
Bayaran permohonan yang akan dikenakan kepada pemohon adalah RM50.00 sahaja.
Tempoh Keputusan
Selepas pemohon membuat permohonan, keputusan semakan akan diumumkan selepas 20 hari daripada tarikh tutup permohonan.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan semakan semula ini boleh dibuat di laman web http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_ssp2/ bermula daripada tarikh permohonan dibuka.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai semakan rayuan keputusan semester 2 STPM, sila hantar emel ke [email protected]