SPI IKMAS: Permohonan Sijil Pengajian Islam 2023/2025

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon program Sijil Pengajian Islam (SPI) di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bagi sesi 2023/2025.

Untuk makluman, IKMAS ditubuhkan hasil daripada persetujuan Menteri-Menteri Agama Negera Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) kali ke-5.

Pada awal penubuhannya, IKMAS dikenali sebagai Madrasah Pesantren ASEAN namun ditukar kepada IKMAS pada tahun 1999 kerana kos IKMAS dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

IKMAS sehingga hari ini berpusat di Kampung Telaga Air, Kuching di kawasan seluas 8.3 hektar.

Mengenai Sijil Pengajian Islam

Sijil Pengajian Islam (SPI) merupakan program kesinambungan Persijilan Asas Pengajian Islam (PERAPI) yang telah dilaksanakan pada 30 Mei 2005 di IKMAS.

Program ini memberi ruang kepada pelajar yang layak temmsuk dari kalangan saudara baharu Islam untuk memantapkan ilmu agama selari dengan objektif IKMAS iaitu melahirkan para pendakwah terutamanya di kawasan pedalaman dan menjadi rujukan masyarakat setempat di Negeri Sarawak.

Menariknya, program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA 14966).

Bantuan Yang Disediakan

Bantuan yang disediakan bagi program ini adalah seperti:

  • Bantuan Tabung Baitulmal Sarawak
  • Wang Saku
  • Bantuan Percuma:
    – Yuran pengajian percuma
    – Makanan 5 kali sehari
    – Hostel disediakan

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan bagi pelajar yang mengambil program di IKMAS ini adalah seperti berikut:

  • Bilik kuliah berhawa dingin, auditorium, dewan makan, dewan serbaguna, perpustakaan, makmal komputer bilik kaunseling, hostel, kafeteria, bilik aktiviti pelajar dan masjid.
  • Kemudahan untuk bersukan seperti gimnasium, futsal, bola jaring, bola tampar, bola sepak, indoorgame, petanque, memanah, pingpong, badminton dan kelengkapan sukan.
  • Bengkel-bengkel kemahiran seperti bengkel jahitan. bengkel pemprosesan makanan dan bengkel binaan bangunan.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan untuk memohon ke program ini adalah seperti:

  1. Warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas.
  2. Bukan warganegara (antarabangsa) yang mempunyai kelayakan yang setara dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan 1 kepujian dalam mana-mana pelajaran.
  4. Lulus temuduga.
  5. Belum berkahwin.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1rH_77m4fTsxYftsYOly9AOpu0_a4VMvu/view?fbclid=IwAR3WWJwkENy9S_YROojgq8wj5noR1TREGwP3oqWSMnpfwiVS54oyRxbtnGA.

Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul mengikut arahan yang diberikan.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah sampai ke IKMAS sebelum 19 September 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sijil Pengajian Islam, sila layari laman web https://myikmas.islam.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: