Bantuan Dermasiswa MUIS (Khas Untuk Anak Sabah)

Anak Negeri Sabah yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Dermasiswa MUIS.

MUIS merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada Tahun 1971 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah dan pindaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (EPUI’ 92) di bawah seksyen 32 EPUI’92 dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004.

Matlamat penubuhan MUIS adalah untuk mengurus dan membangunkan institusi baitulmal, zakat dan harta wakaf.

Ini termasuklah untuk membantu para asnaf fisabilillah seperti para pelajar untuk menyambung pengajian mereka.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Diploma
  • Ijazah Pertama Sepenuh Masa (Pengajian Islam sahaja)

Syarat Permohonan Bantuan Dermasiswa MUIS

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara berasal dari Sabah/Bermastautin lebih 5 tahun.
  2. 18 Tahun hingga 28 Tahun sahaja.
  3. Mengemukakan Surat Tawaran Dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Bagi Pelajar yang ke Timur Tengah (Bukan Melalui Ejen).
  4. Mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap akan diproses.
  5. Hanya Program Diploma & Ijazah Pertama sepenuh masa (Bidang Pengajian Islam).
  6. Mengisi borang Secara Online di https://appszakat.sabah.gov.my.

Cara Memohon Bantuan Dermasiswa MUIS

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah berikut:

  1. Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
  2. Klik bahagian Log Masuk.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  7. Buat pendaftaran sehingga tamat.
  8. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  9. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected].

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada MUIS adalah seperti berikut:

  1. Gambar berukuran pasport (softcopy).
  2. Salinan Surat Tawaran.
  3. Salinan Surat Tawaran daripada Jabatan Pendidikan Tinggi JPT (Bagi Pelajar Ke Timur Tengah).
  4. Salinan surat pengesahan daripada kolej/universiti ataupun jabatan penuntut malaysia di luar negara (Bagi Pelajar Luar Negara).
  5. Salinan kad pengenalan pemohon berserta sijil lahir.
  6. Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga berserta sijil lahir.
  7. Salinan sijil-sijil persekolahan berkaitan: SPM/STPM/STAM/Diploma.
  8. Salinan Slip gaji ibu dan bapa yang terkini (jika berkerja).
  9. Surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang berkerja sendiri tidak berkerja daripada Ketua Kampung/JKKK/JKAN/WKAN.
  10. Surat pengesahan daripada kolej/universiti tidak mendapat tajaan daripada mana-mana badan penaja atau intitusi kewangan.
  11. Salinan akaun bank pemohon/penyata bank yang telah dikemaskini dan masih aktif.
  12. Alamat Email pelajar yang aktif.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa MUIS, sila hubungi 088-279 206/179.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: