Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Muallaf MAIM 2023

Bahagian Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah membuka permohonan Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Muallaf untuk tahun 2023.

Untuk makluman, MAIM adalah institusi agama Islam yang ditubuhkan pada 28 September 1960 bagi menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

Antara fungsi institusi ini adalah menguruskan Baitulmal yang menguruskan pelbagai bantuan kepada para asnaf di Negeri Melaka.

Salah satunya adalah melalui bantuan pakaian sekolah yang diberikan kepada anak-anak Muallaf di negeri tersebut.

Para Muallaf yang ingin memohon bantuan ini boleh membuat permohonan sebelum 2 Februari 2023.

Maksud Muallaf

Maksud Muallaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau mereka yang baru memeluk Islam dan belum kukuh Islamnya; atau

Mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya atau keyakinannya dapat bertambah terhadap Islam, atau terhalangnya niat jahat mereka atas kaum Muslimin, atau harapan akan adanya kemanfataan mereka dalam membela dan menolong kaum Muslimin dari musuh.

Bantuan Kepada Asnaf Muallaf

Selain daripada bantuan pakaian sekolah, terdapat beberapa bantuan lain yang disediakan oleh MAIM kepada para asnaf iaitu:

  • Saguhati pemeluk Islam
  • Kelas asas fardu ain
  • Bantuan Makanan Bulanan (jika layak)
  • Bimbingan dan khidmat nasihat
  • Program Ziarah
  • Bantuan Persediaan Ramadhan
  • Program Ukhwah Saudara Baru [Orang Asli]
  • Bantuan Pekerja Sukarelawan
  • Perkhidmatan berkhatan
  • Bantuan Perniagaan [kewangan]
  • Sumbangan mengerjakan umrah
  • Bantuan Perniagaan [peralatan]
  • Bantuan Am

Syarat Permohonan

Syarat permohonan kepada para Muallaf yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Bermastautin dan menetap di negeri Melaka.
  2. Mempunyai anak-anak yang sedang atau akan memasuki alam persekolahan bermula dari Darjah 1 sehingga Sekolah Menengah pada tahun 2023.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScpMFTQ2yvIZKE1ebsUUfHVVNu5Xu27ooNxNeiI7UjfhVM9Rg/viewform?fbclid=IwAR0CFAXAEH7K_O5svwUocsvFiIoAImOSQ-x4YxKQp_o44LjQAt2jJ-fQNaQ.
  2. Isi dengan lengkap permohonan tersebut.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf, sila layari laman web https://www.maim.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: