Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (Diploma) 23/24

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Sesi 2022/2023.

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPTA dan Politeknik.

Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 10 Julai 2023 sehingga 23 Julai 2023.

Pembiayaan Biasiswa

Pembiayaan yang akan diberikan menerusi biasiswa pinjaman ini adalah termasuk:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang diberikan keutamaan adalah seperti berikut:

  • Pembuatan
  • Pertanian
  • Pelancongan
  • Perhutanan
  • Perlombongan
  • Khidmat Sosial
  • Teknologi Maklumat
  • Seni Kejuruteraan
  • Sains

Syarat Permohonan

Pelajar perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Anak jati Sarawak.
  2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma daripada IPTA dan Politeknik.
  3. Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali pendidikan (perguruan) atau perubatan.
  4. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah tidak layak memohon.
  5. Keutamaan diberi kepada pemohon dari kalangan keluarga golongan B40 (pendapatan isi rumah RM4,850.00 ke bawah).

Cara Permohonan

Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui laman web https://escholarship.sarawak.gov.my.

Untuk kemasukan baru, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dan bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.

Permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran dan jika tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak https://psc.sarawak.gov.my atau menghubungi 082-236325/082-236554.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: