Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan KPT Yang Boleh Dipohon

Bagi pelajar yang akan menyambung pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa terdekat, Kemenetrian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan beberapa biasiswa dan bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh para pelajar menjelang sesi pengajian yang akan bermula tidak lama lagi.

Biasiswa dan bantuan kewangan ini ditawarkan oleh pihak KPT kepada pelajar setiap tahun bagi membantu pelajar yang layak untuk mendapat pencapaian yang lebih cemerlang di IPT kelak.

Pemberian biasiswa dan bantuan kewangan ini diharap mampu dimanfaatkan oleh para pelajar untuk berusaha lebih gigih dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang pengajian yang dipelajari mereka.

Skim Latihan Bumiputera (SLAB)

Skim Latihan Bumiputera (SLAB) merupakan penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara.

Skim ini diwujudkan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

Permohonan fasa 4 telah dibuka mulai 9 Ogos sehingga 8 September 2021 namun bagi permohonan skim ini, pihak universiti akan mencalonkan pencalonan kepada pihak KPT sebelum permohonan boleh dilakukan.

Skim Latihan Akademik (SLAI)

Skim Latihan Akademik (SLAI) merupakan penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara.

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

Bagi permohonan fasa 4 telah dibuka mulai 9 Ogos sehingga 8 September 2021 tetapi bagi permohonan skim ini, pihak universiti akan mencalonkan pencalonan kepada pihak KPT.

MyBrainScience

Program MyBrainScience merupakan penajaan kepada individu atau orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen iaitu matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league.

Matlamat program ini dilaksanakan adalah bagi menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia/Nobel Laureate.

Permohonan bagi program ini telah ditutup iaitu pada 3 Ogos sehingga 12 Ogos 2021 dan penawaran akan dibuat pada Oktober 2021.

YBM-Atlet Cemerlang IPT

Program YBM-Atlet Cemerlang IPT merupakan penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.

Untuk program ini, penawaran akan dibuat pada akhir September 2021.

YBM-Anugerah Tokoh Siswa

YBM-Anugerah Tokoh Siswa merupakan program penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana.

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.

Bagi program ini, penawaran akan dibuat pada akhir September 2021.

YBM-Pelajar Cemerlang Politeknik

YBM-Pelajar Cemerlang Politeknik adalah program penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Program diwujudkan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam atau Politeknik dalam bidang TVET.

Penawaran bagi program ini akan dibuat pada akhir September 2021.

Bantuan Kewangan Asasi IPTA

Bantuan Kewangan Asasi IPTA adalah program penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam.

Program bantuan kewangan ini diwujudkan adalah untuk pelajar yang datang daripada keluarga B40 dan M40.

Permohonan bagi program ini masih dibuka sehingga Oktober 2021.

Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)

Bantuan Kewangan OKU (BKOKU) merupakan bantuan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan/berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.

Bagi program ini, permohonan masih dibuka sehingga Oktober 2021.

Program Pendidikan Khas (PPK)

Program Pendidikan Khas (PPK) adalah bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja.

Pelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja) dan bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat  kelayakan.

Untuk program ini juga, permohonan masih dibuka sehingga Oktober 2021.

Malaysian International Scholarship (MIS)

Malaysian International Scholarship (MIS) merupakan penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum.

MIS merupakan inisiatif Kerajaan khususnya KPT bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.

Temu duga bagi program ini telah dijalankan pada 25 hingga 30 Ogos 2021 dan penawaran akan dilaksanakan pada September 2021.

Pertanyaan Lanjut

Pelajar yang berminat dengan mana-mana program biasiswa dan bantuan kewangan di atas boleh menghubungi pihak KPT iaitu:

  • SLAB & SLAI: En Faizul Rahman Bin Sjafri (03-8870634/[email protected]).
  • MyBrainScience: Cik Jihan Ajla Binti Mohd Nordin (03-88706341/[email protected]).
  • YBM-Atlet Cemerlang IPT, YBM-Anugerah Tokoh Siswa & YBM-Pelajar Cemerlang Politeknik: Puan Nurul Farehah Binti Ab. Aziz (03-88706403/[email protected]).
  • Bantuan Kewangan Asasi IPTA: Cik Mariani Binti Mohd Refin (03-88706582/[email protected])
  • BKOKU, PPK & Antarabangsa MIS: Puan Farah Diana Binti Zahidi (03-88706375/[email protected]).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.mohe.gov.my/perkhidmatan/biasiswa.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: